Skrip kehidupan ana....


~ Hamba yang TAAT kepada PenciptaNya (Allah SWT) 
     Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku. ( QS Ad Dzariat, 56 ).
Dah tahukan untuk apa kita diciptakan oleh Allah??yes,untuk beribadah kepadaNya sahaja. Oleh itu janganlah kita menyukutukanNya dengan sesuatu yang lain seperti mengingati makhlukNya melebihi Allah SWT, Na’uzubillah. Walhal makhluk yang sering kita puja itu sendiri diciptakan sama tujuannya seperti kita hanya untuk taat kepada segala perintahNya.

Mahligai di syurga...

Waterfront,  Australia.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“ Barangsiapa bersolat 12 rakaat sehari semalam maka akan dibangunkan untuknya rumah di syurga: Empat rakaat sebelum solat Zuhur dan Dua rakaat sesudahnya, Dua rakaat sesudah solat Maghrib, kemudian Dua rakaat sesudah solat Isya’ dan Dua rakaat sebelum Subuh. “

Cinta Allah SWT, Cinta yang hakiki...





Janganlah dibiarkan jiwa menjadi lemah kerana cinta. Tidak dinafikan cinta itu kadang-kadang datang tanpa diundang. Maka persiapkanlah diri dengan iman & ilmu secukupnya agar diri tidak hanyut dibuai angan & mimpi indah padahal semua itu langsung tidak menjanjikan kebahagiaan. Jika tersilap, perbaikilah diri dan ajaklah orang yang dicintai itu untuk kembali muhasabah. Binalah kembali cinta yang berasaskan cinta kepada Ilahi. Bercintalah dengan cara yang betul, bercintalah dengan sebab yang betul dan bercintalah dengan matlamat yang betul.

Cinta yang luhur perlukan pengorbanan. Tidak semua cinta itu indah isinya. Tak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan. Cinta itu terlalu sukar untuk dihuraikan, terlalu misteri bentuknya. Cinta bukan selamanya indah. Cinta tidak selamanya kekal abadi. Cinta itu tidak pernah sama bentuknya. Cinta juga tidak pernah menjanjikan keriangan.