Satu dalam Sejuta !

Eh kenapa tajuk dia ni lain mcm je??? Heh, sebenarnya entry ini ana nak share untuk program2 yang ana join setiap hujung minggu. Jadi ana nak gabungkan semuanya dalam 1 entry. Maaf ye entry ni mmg panjang. Kalau rasa nak baca sampai habis, tafaddhol. Alhamdulillah. Kalau tak nak pun x apa. Tak luak pun. :D

Untunglah dapat bunga. Heee~ syukran ye. ;)
 ♡ Kafe cinta ♡

⦁ Iffah merupakan salah satu ujian Allah kepada kita. Apa itu iffah? Cari sendiri ye. Blogwork. Hee~
⦁ Kita memng kena bina sifat iffah ini dalam diri.
⦁ Terdapat beberapa kategori iffah.
  ↬ Menahan diri daripada melakukan benda2 yang haram
  ↬ Menahan diri daripada meminta-minta.
⦁ Apa ciri2 orang yang mempunyai sifat iffah?
  ↬ Takwa
  ↬ Malu
  ↬ Menundukkan pandangan
  ↬ Menjauhi tempat yang boleh menimbulkan fitnah
  ↬ Menjaga ikhtilat
  ↬ Berdoa
  ↬ Menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah

Jangan mudah kamu berputus asa, Ya Da'ie...


Apa tujuan kita diciptakan oleh Allah dekat dunia ni? Tujuannya x lain tak bukan hanyalah untuk menjadi abid & khalifah. Tapi apa tugas yg kita kena galas tu? Only one! Menyampaikan DAKWAH. Na’am.

Sesiapa pun yang pernah berdakwah pasti pernah kena hentam. My naqibah said kalau tak kena hentam tu namanya bukan pendakwah lah kan? Sebab tak semua orang boleh menerima sesuatu kebenaran dengan mudah.

Ingatlah wahai da’ie sekalian, seteruk mana pun kita kena hentam, teruk lagi Rasulullah SAW sewaktu beliau menyampaikan dakwah. Beliau dihina, dipulaukan, kena lempar dengan batu & najis dll. Bersyukurlah kerana kita tidak menerima ujian sepertimana yg Rasulullah SAW telah lalui. Hebat sungguh kekasih Allah ini. MasyaAllah.

Apabila penampilan tidak seindah perlakuan....

Baru-baru ini ana memperoleh satu pengajaran yg cukup bermakna buat diri ana. Cuba korang bayangkan mcm mana ye kalau seseorang tu lengkap memakai tuxsedo tapi bila tgh makan agak kurang sopan plus dia tgh korek hidung ke time tu (asif kalo ianya agk menggelikan). Logik tak dah pakai smart2 dari atas sampai bawah tapi perbuatan mcm tak serupa bikin. ==”

Samalah juga macam diri kita ni especially for muslimah. Apabila kita sudah mula melabuhkan tudung melepasi dada, memakai pakaian yg menutup aurat siap berstokin semua tapi bila bab2 pergaulan(ikhtilat), perbuatan, percakapan kita tak menunjukkan sifat muslimah yg sebenar. Na’uzubillah.