My Diari Ramadhan... :')

Puasa ke-20
Hari ini ana berkesempatan untuk berbuka puasa di HADIM. Alhamdulillah. Makan bersama-sama didalam dulang. Ukhuwah wa Barakah amatlah terasa. Then,terawih time! Setiap orang berpeluang untuk menjadi Imam. Including me. Allahuakbar, terasa betapa kerdilnya diri ini menjadi Imam jika hendak dibandingkan dengan akak-akak yang bacaanya sudah tentu lancar dan fasih. Habis sahaja terawih, kami tadarrus dan taddabur bersama-sama.

# Ibrah: After this, ana tidak lagi membaca surah-surah pendek didalam solat. Malah mula mempraktikkan hafazan surah-surah panjang didalam bacaan solat. Alhamdulillah! :D

Takdir itu ketentuan dariNya...



Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu TAKDIR Allah SWT. Dan adakah takdir setiap manusia adalah sama?


Adakah impian untuk membina baitulmuslim akan mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu MENIKAH DI JALAN DAKWAH? Wallahua’lam. 

Terdapat beberapa kisah benar wanita solehah yang ingin ana kongsikan bersama2 disini untuk dijadikan sebagai satu motivasi supaya akhowat tetap teguh sebagai seorang Da’ie di jalanNya. InsyaAllah.