Disadvatage tudung labuh... :0


Assalamualaikum wbt. Apa khabar iman kita hari ini? Moga sentiasa update dari hari ke hari. InsyaAllah. Alhamdulillah Alhamdulillah! Dapat juga  mengupdate blog setelah sekian lama bertapa di dalam gua. Kau dah kenapa fazreen? ==’

Benda yang saya suka sesangat untuk share kali ni berkaitan dengan Tudung labuh. Eh? Awat dengan tudung labuh tu? Pasaipa dia pilih tajuk tu? Aku rasa pakai tudung labuh banyak je kebaikan? Dok relax sat naa. Meh sini cik nak habak sat. Benda ni menjadi ilham bilamana saya melihat rata-rata wanita bertudung labuh mostly macam tu. Saya bukan hendak menabik dada. Jauh sekali untuk mengatakan yang saya ini perfect. Allahu. Bukan macam tu ye. Cuma teguran ini peringatan untuk diri sendiri juga.

Jika anda sedang memakai labuh tika ini, tahniah saya ucapkan. Sungguh sopan, ayu dan manis untuk dipandang.
Tahniah kerana anda sudah pun mula untuk beristiqamah dalam memakai tudung labuh.
Tahniah kerana anda insan yang terpilih oleh Allah untuk menutup aurat.
Tahniah kerana anda berada dalam perlindungan Allah kerana tudung labuh itu.

Rasa bangga seketika? Ada rasa macam nak kembang tak? Hati berbunga-bunga segala? Bersyukur yang teramat sangat? Okay, sudah-sudah lah tu. Tapi tapi tapi! Hanya disebabkan satu atau mungkin berpuluh-puluh kesilapan membuatkan tudung itu dipandang hina. Nak tahu apa dia? Silalah baca dengan penuh debaran kat bawah tu nanti ye.

Bila kita sudah mula istiqamah untuk memakainya, pernah tak terlintas setiap hari kita tanya diri kita, ‘kenapa aku pakai tudung ini ye?’. Sebab niat. Ye, bila kita dok sedap pakai selalu, nak niat pun kita dah terlupa. Fikir balik apa niat asal kita. Pakai sebab apa? Ask urself this question everyday. Aku pakai untuk pandangan Allah atau pandangan manusia? Tudung tu dah molek bebenor terletak kat atas kepala. Yang mencacatkannya adalah attitude orang itu sendiri.


Dialog 1.
“Enti, roommate ana ni semua bertudung labuh. Tapi setiap malam gayut dengan boyfriend   diaorang.”
“Eh, sure ke? Ntah-ntah kawan je kot.”
“Habes tuh enti kalau dah bercakap baby, hubby tu acane? Dia sendiri mengaku dia ada boyfriend.”
"......................."

Dialog 2.
“Enti, ana nak pakai niqab lah.”
“Alhamdulillah. Kenapa enti tergerak nak pakai?”
“Sebab kejap lagi ana nk keluar dengan tunang ana. Kalau dia nampak muka ana macam ni, habeslah. Lagipun boleh lah ana berlakon alim disebalik niqab tu.”

Dialog 3.
Dalam bilik.... “Woi, kau katne? Cepat sikit doh datang. Penat s*** aku tunggu kau tak sampai-sampai.”
Dekat luar..... “Enti dimana ye? Boleh minta tolong cepat sikit datang? Ana nak nk pi solat ni. Tak elok tangguh-tangguh kan solat.”


Nampak tak permainan dia kat situ? Pilu, sedih terkilan, hampa semua ada. Sebab itulah masa saya memuji kalian memakai tudung labuh itu, saya menyuruh anda control kembang anda tu awai-awai. Kerana situasi inilah. Bukan sekali dua saya dengar. Dah boleh sampai tahap bernanah tinge eden ni haa. Saya mengaku kadangkala saya sendiri tergincir dari landasan sebenar. Dan cepat-cepat saya bangkit sebab saya tahu ramai lagi orang yang macam saya perlu disedarkan.

Orang yang bertudung biasa, buat salah relax je. Tapi kenapa orang yang bertudung labuh, buat salah macam kena jatuh hukum rejam pun ada juga. ==’ Pernah dengar orang merungut macam ini? Benda ini tak akan timbul kalau tak ada sebab atau punca. Diaorang blame kita macam tu sebabnya diorang respesct. Dan bila respect, maka expexctation pun akan tinggi. *Fazreen dah mula memasukkan theory ekonomi dalam blog.==’

Diaorang tak sangka pun yang kita ni akan bersikap sedemikian rupa. Sebabnya kita dah tahu benda tu berdosa, dah ditarbiyyah banyak kali pun, eheh degil juga nak buat. Let say lah kan kita pi mana-mana mall, main aci redah je tanya orang apa itu ikhtilat? Memang kompemm lah diaorang akan cakap words dari planet mana tu? Haa. Tats why lah jangan kita sesuka hati nak blame orang kat luar sana. Diaorang tak tahu menahu yang benda itu silap.

Bahaya sebenarnya benda-benda macam ni. Dia macam musuh dalam selimut. Eh? Ntahlah. Random peribahasa. T_T” Kesilapan yang kita buat tu orang lain tak nampak. Cuma between kita dengan Allah je. Bersyukurlah Allah tutup aib korang tu. Kat luar nampak alim segala, tapi bila dok sorang-sorang. Jeng jeng jeng. Kalau nak tahu siapa diri dia sebenarnya, tunggu lah masa dia alone. Kat situlah segala macam aktivis keluaq! Fuhhh. Pernah saya tersentap seketika membaca luahan hati sahabat saya di inbox.

“Awakk, kita dah lama sangat nak berubah, tapi disebabkan kita tengok banyak masalah muslimah kat luar sana, kita jadi takut untuk berubah. Tak nak jadi macam diaorang. Hipokrit betoi.”

Ohh bangkitlah dear muslimah wa akhowat sekalian. Sayang anda sesangat. Sayang juga akan iman anda. Jangan disebabkan attitude kita, sahabat yang nak berubah tu teruih terbantut. Na’udzubillah. Dan dan untuk kamu yang nak berubah, ambil lah yang mana baik dari kami. Ikut dan contohilah. Tahukan yang baik itu datangnya dari siapa? Pandai! Allah.. Maka, yang buruk tu khilaf kami sendiri. Hanya memerlukan sedikit ruang dan masa untuk perbaiki diri. InsyaAllah.

Tarbiyyah dari ukhuwah

Bismillahirahmanirrahim. Salamun'alaik! 

Dah lama tak mengupdate blog kan? *sapu-sapu habuk sikit. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Diberikan kelapangan oleh Allah untuk mengupdate blog walaupun dalam kesibukan dengan aktiviti daurah.

Sewaktu saya sedang bersantai-santai makan di sebuah warung bersama sahabat, tiba-tiba dia mengucapkan sesuatu yang benar-benar membuat saya tersentak dan berfikir panjang. Ayatnya itu membuatkan saya ingin menangis sekali. Allahurabbi… L Apa katanya?


Letter from a Muslimah to a Muslim man..

If you love me, don’t confess your love to me through HARAM ways. This won’t please me and will instead drive me away! Love games don’t attract me. If you love me, have sabr and I will knock on your door when the time is right. Don’t give me privileges which I don’t deserve. Keep me away from you, and I will approach you. If you approach me, I will stay away from you.

Don’t love me, for I want you ignorant in love. I want to teach you love when the right time comes and when you will be mine, only when we are joined together to our Creator’s satisfaction. Don’t tell me what you feel, don’t give me from your time, don’t push me to lose you. I am a woman who does not want to see the one she loves committing sins or to live a forbidden love behind his family’s back. I don’t want his to feel guilty and don’t want his heart to suffer.

Di sebalik kemanisannya sakit. :')


Bismillahirahmanirrahim.

Pernah tak kita terfikir kenapa Allah beri pada kita sakit? Kadangkala kita lupa nikmat sihat yang Allah berikan pada kita. Bila kita sihat kita tidak banyakkan beramal sedangkan kita mampu. Bila kita sihat kita kurang mengingati Allah, kita sibuk dengan hal-hal keduniaan.




Bersahabatlah seperti rantaian Tasbih..


“ Hello, assalamualaikum. Erin dah tidur ke? Asif kalau fatin menganggu.” (Dengan suara yang teresak-esak)

“ Waalaikumussalam wbt. Allah. Tak ada menganggu apa pun. Ada apa ni fatin sayang?”

“ Erin, fatin rasa macam dah tak ada siapa nak berkawan dengan fatin lagi. Mentang-mentang fatin dah tak sama macam dulu, semua orang pandang hina pada fatin. Fatin pun nak berubah juga jadi macam dulu semula tapi bila sahabat menyidir fatin terus fatin rasa tak ada kekuatan lagi dah.”

Aku mendiamkan diri dan berfikir sejenak. Menyusun kata-kata yang sesuai untuk memulihkan kembali semangat sahabat tersayang ini. *pelukfatin*

Hipokrit !


 “Baguihnya budak ni. Aktif betul berdakwah.”

“Subhanallah. Ana teringin sangat nak jadi macam ukhti. Entilah semangat ana untuk ana tekadkan hati ingin berubah.”

“Eh, korang nak tahu tak? Akak ni kan baik sangat tau. Dahlah lemah lembut. Sopan pula tu. Memang contoh yang terbaiklah.”


Solat dapat mencegah kemungkaran

Persoalan ni selalu shaja shbat ana ajukan kepada ana. Sebelun ni pun ana sudah pun dibincgkn didalam blog sebelum ini. Tetapi kali ini ana cuba utk explain dengan lebih lanjut lagi. InsyaAllah mudah-mudahan Allah akn melapangkannya buat ana. Amin. Yang baik itu datangnya dari Allah. Remember this! ;)

Bismillahirahmanirrahim. My sisters (naqibah) said “kita kena disiplinkan diri dlm solat barulah kita boleh dpt mencegah diri kita drpd melakukan kemungkaran.”

Okey persoalannya kenapa kena DISIPLINKAN solat???

Nilailah dengan kaca mata Dakwah...

Sahabat perjuangan yang sentiasa memberikan semangat. alhamdulillah. :')
Bismillahirahmanirrahim……


Entry ana kali ini berkaitan dengan MENILAI……ada apa dengan menilai???? Sudah pelbagai ragam yang dapat ana lihat sepanjang ana bernafas dimuka bumi pinjaman Allah sementara ini. Apa yang amat ana kesalkan pada masyarakat kita sekarang ini adalah terlalu mudah menjatuhkan hukum kepada seseorang tanpa bersandarkan Al-Quran & Sunnah Rasulullah SAW. Sungguh ! ana teramat kecewa.

Ya Allah , Engkau satukanlah hati-hati kami dalam menggalas tanggungjawab sebagai hambaMu. :’(  pandanglah seseorang itu dengan kaca mata DAKWAH bukan dengan kaca mata DIRI. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat disekeliling kita, apabila melihat wanita memakai tudung labuh, mereka akan terus melabel wanita itu mesti baik. 

My Diari Ramadhan... :')

Puasa ke-20
Hari ini ana berkesempatan untuk berbuka puasa di HADIM. Alhamdulillah. Makan bersama-sama didalam dulang. Ukhuwah wa Barakah amatlah terasa. Then,terawih time! Setiap orang berpeluang untuk menjadi Imam. Including me. Allahuakbar, terasa betapa kerdilnya diri ini menjadi Imam jika hendak dibandingkan dengan akak-akak yang bacaanya sudah tentu lancar dan fasih. Habis sahaja terawih, kami tadarrus dan taddabur bersama-sama.

# Ibrah: After this, ana tidak lagi membaca surah-surah pendek didalam solat. Malah mula mempraktikkan hafazan surah-surah panjang didalam bacaan solat. Alhamdulillah! :D

Takdir itu ketentuan dariNya...



Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu TAKDIR Allah SWT. Dan adakah takdir setiap manusia adalah sama?


Adakah impian untuk membina baitulmuslim akan mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu MENIKAH DI JALAN DAKWAH? Wallahua’lam. 

Terdapat beberapa kisah benar wanita solehah yang ingin ana kongsikan bersama2 disini untuk dijadikan sebagai satu motivasi supaya akhowat tetap teguh sebagai seorang Da’ie di jalanNya. InsyaAllah.

Ada apa dengan Hidayah...???

Bismillahirrahmanirrahim…..

Semasa bersekolah di teknik dulu, semua amalan sunat memng tak pernah pun ditinggalkan. Kerana apa? Sebab peraturannya diWAJIBkan untuk buat. Nama sahaja amalan sunat tapi sekolah ana jadikan ianya amalan wajib. Maka terpaksalah buat atas sebab nak ikut peraturan sahaja. Niatnya memang confirmlah x ikhlas. T_T

Duduk dekat asrama, tudung memang kena labuhkan, pakai stokin, tiap-tiap hari kena mengaji, qiyamullail pergi tazkirah apa semua. Itu semua peraturan asrama. Mereka yang menyediakan peraturan-peraturan tersebut. Dan kita hanya perlu follow sahaja. Tak pergi nanti kena tangkap dengan warden. Kalau pergi pun hati memang tak pernahnya nk fokus.

Periksa solat kita...


Subhanallah ! :')


Selalu kita dengar ustazah/ustaz kita kata “Solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.” Tapi betul ke? Sejauh mana solat itu berkesan dlm mencegah seseorang itu daripada melakukan kerosakan dimuka bumi Allah ini?

Sudahlah Allah bagi kita pinjam bumi ni sementara je. Tapi kita pula dengan sewenang-wenangnya menghancurkan bumi ni. Astaghfirullah.

Cuba kita check dulu kenapa kita sudah pun melaksanakan tanggungjawab kita sebagai abid dalam melaksanakan rukun islam yg ke3 tetapi kita masih lagi ada sifat2 jahil dalam diri.

Satu dalam Sejuta !

Eh kenapa tajuk dia ni lain mcm je??? Heh, sebenarnya entry ini ana nak share untuk program2 yang ana join setiap hujung minggu. Jadi ana nak gabungkan semuanya dalam 1 entry. Maaf ye entry ni mmg panjang. Kalau rasa nak baca sampai habis, tafaddhol. Alhamdulillah. Kalau tak nak pun x apa. Tak luak pun. :D

Untunglah dapat bunga. Heee~ syukran ye. ;)
 ♡ Kafe cinta ♡

⦁ Iffah merupakan salah satu ujian Allah kepada kita. Apa itu iffah? Cari sendiri ye. Blogwork. Hee~
⦁ Kita memng kena bina sifat iffah ini dalam diri.
⦁ Terdapat beberapa kategori iffah.
  ↬ Menahan diri daripada melakukan benda2 yang haram
  ↬ Menahan diri daripada meminta-minta.
⦁ Apa ciri2 orang yang mempunyai sifat iffah?
  ↬ Takwa
  ↬ Malu
  ↬ Menundukkan pandangan
  ↬ Menjauhi tempat yang boleh menimbulkan fitnah
  ↬ Menjaga ikhtilat
  ↬ Berdoa
  ↬ Menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah

Jangan mudah kamu berputus asa, Ya Da'ie...


Apa tujuan kita diciptakan oleh Allah dekat dunia ni? Tujuannya x lain tak bukan hanyalah untuk menjadi abid & khalifah. Tapi apa tugas yg kita kena galas tu? Only one! Menyampaikan DAKWAH. Na’am.

Sesiapa pun yang pernah berdakwah pasti pernah kena hentam. My naqibah said kalau tak kena hentam tu namanya bukan pendakwah lah kan? Sebab tak semua orang boleh menerima sesuatu kebenaran dengan mudah.

Ingatlah wahai da’ie sekalian, seteruk mana pun kita kena hentam, teruk lagi Rasulullah SAW sewaktu beliau menyampaikan dakwah. Beliau dihina, dipulaukan, kena lempar dengan batu & najis dll. Bersyukurlah kerana kita tidak menerima ujian sepertimana yg Rasulullah SAW telah lalui. Hebat sungguh kekasih Allah ini. MasyaAllah.

Apabila penampilan tidak seindah perlakuan....

Baru-baru ini ana memperoleh satu pengajaran yg cukup bermakna buat diri ana. Cuba korang bayangkan mcm mana ye kalau seseorang tu lengkap memakai tuxsedo tapi bila tgh makan agak kurang sopan plus dia tgh korek hidung ke time tu (asif kalo ianya agk menggelikan). Logik tak dah pakai smart2 dari atas sampai bawah tapi perbuatan mcm tak serupa bikin. ==”

Samalah juga macam diri kita ni especially for muslimah. Apabila kita sudah mula melabuhkan tudung melepasi dada, memakai pakaian yg menutup aurat siap berstokin semua tapi bila bab2 pergaulan(ikhtilat), perbuatan, percakapan kita tak menunjukkan sifat muslimah yg sebenar. Na’uzubillah.

Nak juga dapat pasangan yang baik, tapi......

Pernah tak kita terlintas dlm fikiran masa 1st time nk couple dulu kita punya ciri-ciri org yg ‘bakal’ menemani kita sepanjang hayat tu kalau lelaki lah kn mestilah x nak lelaki yg bertindik, yg smoke, rmbut kaler, punk apa semua lah kn.

Kalau girl pula kalau boleh nk yg pakai tudung, lemah-lembut, x nak girl yg seksi-meksi, yg sosial sgt suka pegi clubbing, asyik mencarut je dll.

Eh, tau pulak nk pilih calon yg baik-baik je. Kejap2 cuba kita pergi tgk diri kita kat cermin. Adakah semua ciri-ciri yg kita inginkan pada psgn kita tu ada pada diri kita sendiri?

Did you always Thank to Allah???




Bismillahirahmanirrahim. Okey adam sini umi nak ceritakan kisah teladan pada kamu sebelum kamu tidur ye. Semoga adam menjadi anak yang soleh.  Amin. *berangan kejap.heee~

Here it begins. A blind boy  sat on the steps of a building with a hat by his feet . He held up a sign which said: “I am BLIND, please help.” There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Biar 'dia' tahu, saya tak kisah...

Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum dia mengharap yang baik-baik dari saya.
Kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

Love letter to my Zauj-to-be ♥

 Dear zauji to be...
This special note is for u
Even i'm still do not know  the other half of me
Please takecare of urself wherever u are right now
here i'm trying my best taking a good care of myself too
I ' A L L A H
do remember always HIS promise to us..
" WANITA BAIK UTK LELAKI BAIK"
may Allah bless us always
A M I N~

Minta Maaf...??? =.='


Persoalan yg membelenggu diri ana selama ni yg mmg sush sgt nk dirungkaikan (agknya lah) kenapa kita org melayu ni kn sush sgt nk MINTA MAAF ??? nk tggu minta maaf knapa msti time hari raya?? =.=’ x de pula dlm al-Quran tulis ‘ok,minta maaf hanya dibenarkan time raye je ye’. Dah tu? Kna tggu raya baru nk minta maaf? Knapa x nk buat bnda ni dari skrg? Buatnya umur kita pendek x sempat nk tggu raya dh smpai ajal. Ha! Masa tu baru nk mnyesal mmg x guna lah kn.

Firman Allah SWT:
"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada. Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (QS Al-Nur [24): 22)