Mahligai di syurga...

Waterfront,  Australia.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“ Barangsiapa bersolat 12 rakaat sehari semalam maka akan dibangunkan untuknya rumah di syurga: Empat rakaat sebelum solat Zuhur dan Dua rakaat sesudahnya, Dua rakaat sesudah solat Maghrib, kemudian Dua rakaat sesudah solat Isya’ dan Dua rakaat sebelum Subuh. “


Kehidupan di syurga merupakan satu gambaran yang indah. Ada yang menggambarkan rumah di syurga seperti sebuah istana. Subhanallah ! Untuk itu, sama-samalah kita bermujahadah dengan mengerjakan solat siang dan malam demi rumah yang kita bayangkan di syurga. Jika didunia kita tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sebiji banglo hanya kerana tidak memiliki wang yang banyak, tetapi disyurga kita hanya perlu menunaikan solat sunat siang dan malam sahaja tanpa perlu melaburkan sesen duit pun!bahkan rumah kita disyurga kelak jauh lebih baik daripada rumah-rumah yang ada didunia ini.fastabiqul khairat.InsyaAllah.


Semua muslim berpeluang untuk membangunkan rumah masing-masing dengan syarat jangan ketinggalan melakukan solat sunat 12 rakaat sehari semalam. Kita akan berbisik “ Ana akan tinggal di istana, di syurga’ Adn,,selama dua hari. Kemusian pergi ke syurga Firdaus. Kemudian aku pergi ke syurga Khuld kerana telah berjanji untuk ketemu dengan Mu’adz bin Jabal. Sepankang perjalan itu, ana merasakan nikmat wanginya Syurga.” :')

No comments:

Post a Comment