Nilailah dengan kaca mata Dakwah...

Sahabat perjuangan yang sentiasa memberikan semangat. alhamdulillah. :')
Bismillahirahmanirrahim……


Entry ana kali ini berkaitan dengan MENILAI……ada apa dengan menilai???? Sudah pelbagai ragam yang dapat ana lihat sepanjang ana bernafas dimuka bumi pinjaman Allah sementara ini. Apa yang amat ana kesalkan pada masyarakat kita sekarang ini adalah terlalu mudah menjatuhkan hukum kepada seseorang tanpa bersandarkan Al-Quran & Sunnah Rasulullah SAW. Sungguh ! ana teramat kecewa.

Ya Allah , Engkau satukanlah hati-hati kami dalam menggalas tanggungjawab sebagai hambaMu. :’(  pandanglah seseorang itu dengan kaca mata DAKWAH bukan dengan kaca mata DIRI. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat disekeliling kita, apabila melihat wanita memakai tudung labuh, mereka akan terus melabel wanita itu mesti baik.