Ada apa dengan Hidayah...???

Bismillahirrahmanirrahim…..

Semasa bersekolah di teknik dulu, semua amalan sunat memng tak pernah pun ditinggalkan. Kerana apa? Sebab peraturannya diWAJIBkan untuk buat. Nama sahaja amalan sunat tapi sekolah ana jadikan ianya amalan wajib. Maka terpaksalah buat atas sebab nak ikut peraturan sahaja. Niatnya memang confirmlah x ikhlas. T_T

Duduk dekat asrama, tudung memang kena labuhkan, pakai stokin, tiap-tiap hari kena mengaji, qiyamullail pergi tazkirah apa semua. Itu semua peraturan asrama. Mereka yang menyediakan peraturan-peraturan tersebut. Dan kita hanya perlu follow sahaja. Tak pergi nanti kena tangkap dengan warden. Kalau pergi pun hati memang tak pernahnya nk fokus.