Assalamualaikum
wbt. Apa khabar iman kita hari ini? Moga sentiasa update dari hari ke hari.
InsyaAllah. Alhamdulillah Alhamdulillah! Dapat juga mengupdate blog setelah sekian lama bertapa
di dalam gua. Kau dah kenapa fazreen? ==’
Benda
yang saya suka sesangat untuk share kali ni berkaitan dengan Tudung labuh. Eh? Awat
dengan tudung labuh tu? Pasaipa dia pilih tajuk tu? Aku rasa pakai tudung labuh
banyak je kebaikan? Dok relax sat naa. Meh sini cik nak habak sat. Benda ni
menjadi ilham bilamana saya melihat rata-rata wanita bertudung labuh mostly
macam tu. Saya bukan hendak menabik dada. Jauh sekali untuk mengatakan yang
saya ini perfect. Allahu. Bukan macam tu ye. Cuma teguran ini peringatan untuk
diri sendiri juga.
Jika anda sedang memakai labuh
tika ini, tahniah saya ucapkan. Sungguh sopan, ayu dan manis untuk dipandang.
Tahniah kerana anda sudah
pun mula untuk beristiqamah dalam memakai tudung labuh.
Tahniah kerana anda insan yang
terpilih oleh Allah untuk menutup aurat.
Tahniah kerana anda berada
dalam perlindungan Allah kerana tudung labuh itu.
Rasa bangga seketika? Ada
rasa macam nak kembang tak? Hati berbunga-bunga segala? Bersyukur yang teramat
sangat? Okay, sudah-sudah lah tu. Tapi tapi tapi! Hanya disebabkan satu atau
mungkin berpuluh-puluh kesilapan membuatkan tudung itu dipandang hina. Nak tahu
apa dia? Silalah baca dengan penuh debaran kat bawah tu nanti ye.
Bila kita sudah mula istiqamah untuk memakainya, pernah tak terlintas setiap hari kita tanya diri kita, ‘kenapa aku pakai tudung ini ye?’. Sebab niat. Ye, bila kita dok sedap pakai selalu, nak niat pun kita dah terlupa. Fikir balik apa niat asal kita. Pakai sebab apa? Ask urself this question everyday. Aku pakai untuk pandangan Allah atau pandangan manusia? Tudung tu dah molek bebenor terletak kat atas kepala. Yang mencacatkannya adalah attitude orang itu sendiri.
Dialog 1.
“Enti, roommate
ana ni semua bertudung labuh. Tapi setiap malam gayut dengan boyfriend diaorang.”
“Eh,
sure ke? Ntah-ntah kawan je kot.”
“Habes
tuh enti kalau dah bercakap baby, hubby tu acane? Dia sendiri mengaku dia ada
boyfriend.”
"......................."
"......................."
Dialog
2.
“Enti,
ana nak pakai niqab lah.”
“Alhamdulillah.
Kenapa enti tergerak nak pakai?”
“Sebab
kejap lagi ana nk keluar dengan tunang ana. Kalau dia nampak muka ana macam ni,
habeslah. Lagipun boleh lah ana berlakon alim disebalik niqab tu.”
Dialog
3.
Dalam
bilik.... “Woi, kau katne? Cepat sikit doh datang. Penat s*** aku tunggu kau
tak sampai-sampai.”
Dekat
luar..... “Enti dimana ye? Boleh minta tolong cepat sikit datang? Ana nak nk pi
solat ni. Tak elok tangguh-tangguh kan solat.”
Nampak tak permainan dia
kat situ? Pilu, sedih terkilan, hampa semua ada. Sebab itulah masa saya memuji
kalian memakai tudung labuh itu, saya menyuruh anda control kembang anda tu
awai-awai. Kerana situasi inilah. Bukan sekali dua saya dengar. Dah boleh
sampai tahap bernanah tinge eden ni haa. Saya mengaku kadangkala saya sendiri
tergincir dari landasan sebenar. Dan cepat-cepat saya bangkit sebab saya tahu ramai
lagi orang yang macam saya perlu disedarkan.
Orang yang bertudung
biasa, buat salah relax je. Tapi kenapa orang yang bertudung labuh, buat salah
macam kena jatuh hukum rejam pun ada juga. ==’ Pernah dengar orang merungut
macam ini? Benda ini tak akan timbul kalau tak ada sebab atau punca. Diaorang
blame kita macam tu sebabnya diorang respesct. Dan bila respect, maka expexctation
pun akan tinggi. *Fazreen dah mula memasukkan theory ekonomi dalam blog.==’
Diaorang tak sangka pun
yang kita ni akan bersikap sedemikian rupa. Sebabnya kita dah tahu benda tu
berdosa, dah ditarbiyyah banyak kali pun, eheh degil juga nak buat. Let say lah
kan kita pi mana-mana mall, main aci redah je tanya orang apa itu ikhtilat? Memang
kompemm lah diaorang akan cakap words dari planet mana tu? Haa. Tats why lah
jangan kita sesuka hati nak blame orang kat luar sana. Diaorang tak tahu menahu
yang benda itu silap.
Bahaya sebenarnya
benda-benda macam ni. Dia macam musuh dalam selimut. Eh? Ntahlah. Random peribahasa.
T_T” Kesilapan yang kita buat tu orang lain tak nampak. Cuma between kita
dengan Allah je. Bersyukurlah Allah tutup aib korang tu. Kat luar nampak alim
segala, tapi bila dok sorang-sorang. Jeng jeng jeng. Kalau nak tahu siapa diri
dia sebenarnya, tunggu lah masa dia alone. Kat situlah segala macam aktivis
keluaq! Fuhhh. Pernah saya tersentap seketika membaca luahan hati sahabat saya
di inbox.
“Awakk,
kita dah lama sangat nak berubah, tapi disebabkan kita tengok banyak masalah
muslimah kat luar sana, kita jadi takut untuk berubah. Tak nak jadi macam
diaorang. Hipokrit betoi.”
Ohh bangkitlah dear
muslimah wa akhowat sekalian. Sayang anda sesangat. Sayang juga akan iman anda.
Jangan disebabkan attitude kita, sahabat yang nak berubah tu teruih terbantut.
Na’udzubillah. Dan dan untuk kamu yang nak berubah, ambil lah yang mana baik
dari kami. Ikut dan contohilah. Tahukan yang baik itu datangnya dari siapa?
Pandai! Allah.. Maka, yang buruk tu khilaf kami sendiri. Hanya memerlukan
sedikit ruang dan masa untuk perbaiki diri. InsyaAllah.