Ada apa dengan Hidayah...???

Bismillahirrahmanirrahim…..

Semasa bersekolah di teknik dulu, semua amalan sunat memng tak pernah pun ditinggalkan. Kerana apa? Sebab peraturannya diWAJIBkan untuk buat. Nama sahaja amalan sunat tapi sekolah ana jadikan ianya amalan wajib. Maka terpaksalah buat atas sebab nak ikut peraturan sahaja. Niatnya memang confirmlah x ikhlas. T_T

Duduk dekat asrama, tudung memang kena labuhkan, pakai stokin, tiap-tiap hari kena mengaji, qiyamullail pergi tazkirah apa semua. Itu semua peraturan asrama. Mereka yang menyediakan peraturan-peraturan tersebut. Dan kita hanya perlu follow sahaja. Tak pergi nanti kena tangkap dengan warden. Kalau pergi pun hati memang tak pernahnya nk fokus.


Program-program ini semua disediakan oleh asrama. Kita hanya tinggal nak buka mulut untuk disuapkan sahaja. Tak payah kita bersusah payah nak arrange kan program islamik untuk para pelajar. Betapa Allah permudahkan diri kita untuk diberi hidayah pada masa itu. Tetapi kenapa kita masih lagi tidak sedar? Tak ada terbit lagi rasa keinsafan dalam diri? Program islamik dah banyak dah. Amalan-amalan sunat pun senang sahaja kita nak buat. Tapi still tak ada rasa nak berubah.

Kemudian bila dah masuk ipta, amalan sunat itu semua 100% lah ditinggalkan. Rasa macam hilang ingatan pun ada juga. Buat-buat lupa sahaja sedangkan bila kita dah istiqamah buat InsyaAllah amalan sunat tersebut akan mula sebati dengan kita. Tetapi sebab buat pun tidak ikhlas itu yang ditinggalkan terus.

Sampai satu tahap bilamana hati ini terasa untuk berubah, barulah kita mula tercari-cari hidayah tersebut. Niat nak berubah itu memang dah ada tetapi tak tahu nak starting dari mana. Yelah masa dekat teknik dulu semua kena suap je. Tak payah susah-susah nak cari.
Kemudian mulalah dengan membaca buku-buku islamik dulu. Step by step. Kenalah mula dari bawah kalau nk start mencari hidayahNya. :’)

Memang ana akui mula-mula terasa payah sangat. Terasa macam tin kosong. Tak ada kawan-kawan yang ajak pergi program sana sini. Mana tidaknya kawan pun tak ada yang kategori ‘alim-alim’. Semuanya still dalam kejahilan. *semoga Allah tunjukkan jalan yang lurus kepada mereka. Amin. Suatu hari tu, tergerak hati nak iktikaf dekat masjid. Dah rindu sangat dah nak buat amalan-amalan sunat tu semua selepas bertahun-tahun tinggalkan. Bila dah pergi masjid, mulalah berkenalan dengan sisters yang tersangatlah baik. MasyaAllah. Hati pun terpaut untuk menyibukkan diri dengan program-program di ipta. Alhamdulillah sehingga kini sibuk dengan daurah ilmiah. Alhamdulillah. :’)

Sebab itu bila kita tanya dekat orang bila nak berubah, jawapan yang lazimnya dijawab, ‘Sebab Allah tak bagi lagi Hidayah’….. Nak pesan dekat sini sikit ye kalau nak tunggu semuanya diberi memang payah lah kan. Lain sangat rasanya bila kita berusaha sendiri mencari berbanding kita diberi Hidayah direct dari Allah.

Kita tidak akan dapat rasa pahit manisnya nak berjuang mencari Hidayah itu until give up. Analoginya macam kita nakkan sesuatu benda itu, kita tetap akan berusaha macam mana sekalipun sampailah kita dapat. Kita sanggup buat apa sahaja. Macam itu jugalah Hidayah Allah. Kita jangan pernah ada perasaan mudah berputus asa dalam diri. Allah akan menilai semua usaha kita itu.

Kalau kita anak tunggal dalam keluarga, kita minta apa sahaja mesti dapat. Tak payah susah-susah kerja. Tapi apa kita buat dengan barang itu? Kita tak hargai pun. Jaga mestilah asal boleh sahaja. Sebab kita tak usaha cari barang itu dengan titik peluh kita sendiri. Lainlah dengan orang yang tidak berkemampuan berusaha nak dapatkan handphone. Dia kerja siang dan malam nak cari duit beli handphone. Dah dapat mestilah dia akan jaga dengan penuh cermat dan teliti sebab itu hasil usaha dia sendiri.


Samlah macam Hidayah. Ana pernah rasa Hidayah yang Allah bagi direct tanpa usaha itu. Berbeza sangat-sangat. Kita tidak akan pernah kekal lama dengan perubahan itu. Sebabnya Allah dah bagi direct dengan kita tanpa kita perlu meminta-minta padaNya. Tetapi bila kita berusaha sendiri nak dapatkan hidayah tu, InsyaAllah kita akan istiqamah. Kita dah berpenat lelah, dah nak sampai tahap halawatul iman dah pun, takkan mudah sungguh kita nak berpatah balik ke jalan kejahilan? Jum, mengislahkan diri kita. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment