My Diari Ramadhan... :')

Puasa ke-20
Hari ini ana berkesempatan untuk berbuka puasa di HADIM. Alhamdulillah. Makan bersama-sama didalam dulang. Ukhuwah wa Barakah amatlah terasa. Then,terawih time! Setiap orang berpeluang untuk menjadi Imam. Including me. Allahuakbar, terasa betapa kerdilnya diri ini menjadi Imam jika hendak dibandingkan dengan akak-akak yang bacaanya sudah tentu lancar dan fasih. Habis sahaja terawih, kami tadarrus dan taddabur bersama-sama.

# Ibrah: After this, ana tidak lagi membaca surah-surah pendek didalam solat. Malah mula mempraktikkan hafazan surah-surah panjang didalam bacaan solat. Alhamdulillah! :D


Puasa ke-21
After asar sahaja terus rushing pergi ke Kota tinggi asbab ada Iftar perdana under ISMA. Only a few minute left before azan maghrib, tetapi kami hanya ada satu dulang sahaja untuk dikongsikan dengan sisters seramai lebih 20 orang! Masa ini lah baru terasa bagaikan di Gaza dan Palestin.

Tidak ada seorang pun diantara kami yang mengeluh. Malah membangkitkan satu keinsafan jauh disudut hati kami. Tatkala kita enak makan secukupnya kadangkala sampai berlebih-lebihan dalam berbuka,  namun masih terdapat saudara seislam kita yang masih lagi kelaparan diluar sana.  Ada yang berbuka dengan hanya seteguk air sahaja. Allahurabbi. :’(

Selepas berbuka, ana ditugaskan untuk menjaga anak-anak kecil agar tidak menyukarkan kaum ibu untuk melakukan solat. Untuk tidak mebuatkan anak-anak kecil itu meragam, ana memberikan mereka sekeping biskut seorang. Kemudian salah seorang dari mereka membaca doa makan terlebih dahulu. Terkesima seketika ana mendengarnya. Dengan usia yang hanya baru sahaja setahun jagung anak itu sudah begitu fasih mebaca doa tanpa disuruh pun! Malahan mereka saling berkongsi makanan antara satu sama lain. Sudah tentu umi dan abi mereka sungguh bertuah kerana mendapat bintu yang soleh. *ok,sangat jeleous disini. T_T’

Adam dan Muadz be a bintu soleh sayangg. Ameen. :’)

Puasa ke-22
Once again ana berbuka puasa di HADIM. Kali ini iftar besar-besaran beserta dengan para naqibah. Kami mendengar tazkirah sebelum menunggu waktu untuk  berbuka. Saling muhasabah diri untuk meng‘upgrade’kan lagi iman sementara tinggal hanya beberapa hari sahaja sebelum ramadhan pergi. Kali ini masing-masing berebut untuk menjadi Imam. Subhanallah. Fastabiqul khairat...

# Ibrah: Menggunakan masa sebaik yang mungkin sehingga dapat mencapai tahap halawatul iman. InsyaAllah.

Puasa ke-23 dan 24
Jadual hari ini tersangatlah padat. Alhamdulillah, Allah telah menyibukkan diri ini daripada masa yang membazir begitu sahaja. Hari ini dan esok ana terlibat dengan program under KRIM. Ana telah dilantik untuk menjadi fesi bagi adik-adik diperingkat sekolah menengah. Seluruh sekolah di negeri Johor ini akan menghantar wakil pelajar bagi mengikuti program yang telah dijalankan oleh KRIM. Objtifnya adalah untuk memberikan pengalaman buat pelajar-pelajar ini merasa bagaimana beriktikaf dimasjid.

# Ibrah: Menggalas satu tanggungjawab yang berat menjadi qudwah hasanah untuk adik-adik ini.
Iftar besama adik-adik

Iftar bersama adik-adik

Qiyamullail
 

Slot Rehlah masyi

Slot Kultum

Berdiri: Barisan Fasilitator, Duduk: Adik-adik yg disayangi


Tazkirah : Perang Badar
Puasa ke-25
Selepas sahaja menunaikan solat zuhur, ana terus bekejar ke masjid AbuBakar(masjid negara) di tengah-tengah bandar kotaraya ini. Ana telah menjadi peserta bagi program PEMBINA ini. Akhirnya impian ana untuk melaksanakan solat terawih di masjid Negara tercapai juga. Syukran Ya Allah! :’) “ Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berILMU itu beberapa darjat.” [58:11]

# Ibrah: Kalau ingin menghadiri sesuatu majlis ilmu, kenalah IKHLAS kan hati kerana lillahitaala. ;)

Puasa ke-26 dan 27
Buat pertama kalinya seumur hidup, ana briktikaf seorang diri di masjid tanpa bertemankan sesiapa pun. Ingin belajar hidup berdikari dan tidak lagi bergantung harap kepada orang lain. Jika kita dalam proses ingin berubah, rajin-rajinlah hadirkan diri ke masjid dan bermusafir, nescaya kita akan memperolehi seuatu yang sangat bermakna. InsyaAllah.

Ketika cuba untuk survive di tempat asing, pelbagai jenis orang yang dpat ana jumpa. Ketika sedang melaksanakan solat terawih, disebelah kiri ana berasal dari arab manakala disebelah kanan ana pula mak cik dari india. Terasa seperti sedang melaksanakan solat terawih di Makkah. Subhanallah.

Allah berfirman,"Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu." (30:22)


Tatkala berkesempatan dapat memanjangkan lagi silaturahim, ana bertaaruf dengan ramai ibu-ibu dari Indonesia. Mereka bukanlah seperti kebanyakan wanita Indonesia yang kita sedia maklum diluar sana. Malah ibu-ibu tersebut bukannya calang-calang wanita. Mereka pernah bersekolah di pondok dan sangat fasih berbahasa arab! Masyallah.

Melihat kerenah ibu-ibu ini melayan bintu mereka terasa bagaikan memberi satu inspirasi untuk menjadi ummi yang solehah. InsyaAllah. Kesabaran mereka dalam melayan kerenah anak-anak yang suka bermain dimasjid. Cara didikan mereka yang lebih kepada cara didikan Rasulullah SAW. Sebelum tidur anak-anak ini perlu menghafaz satu atau dua surah terlebih dahulu sehingga fasih. Selepas subuh pula anak-anak ini akan membaca Mathurat terlebih dahulu.          

Sedih rasanya bila terkenangkan anak-anak di Malaysia ini yang dibesarkan dengan teknologi canggih. Lagu-lagu barat diputarkan setiap masa sehinggakan anak-anak ini sudah boleh menghafal liriknya. Astaghfirullah. Jika hendak dibandingkan dengan anak-anak Indonesia ini tadi, walaupun mereka hanya penduduk sementara di Negara ini tetapi mereka langsung tidak terpengaruh dengan budaya disini. Malah mereka masih lagi dibesarkan dengan cara sekolah pondok.

# Ibrah: Jangan suka meminta-minta kerana Allah tidak suka kepada manusia yang gemar meminta-minta sesama manusia. Astaghfirullah. :’(

No comments:

Post a Comment