Tarbiyyah dari ukhuwah

Bismillahirahmanirrahim. Salamun'alaik! 

Dah lama tak mengupdate blog kan? *sapu-sapu habuk sikit. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Diberikan kelapangan oleh Allah untuk mengupdate blog walaupun dalam kesibukan dengan aktiviti daurah.

Sewaktu saya sedang bersantai-santai makan di sebuah warung bersama sahabat, tiba-tiba dia mengucapkan sesuatu yang benar-benar membuat saya tersentak dan berfikir panjang. Ayatnya itu membuatkan saya ingin menangis sekali. Allahurabbi… L Apa katanya?


“Malu itu sebahagian daripada iman. Begitu juga dengan UKHUWAH. Ukhuwah itu juga sebahagian daripada DAKWAH. Ukhuwah dan dakwah ini sentiasa bergerak seiring. Jika berlaku kecacatan dalam ukhuwah maka secara tidak langsung dakwah tidak akan dapat berjalan dengan lancar.”



Benda pertama yang saya mendapat ibrah dari kata-katanya adalah semangat ASSOBIYAH itu sendiri. This kind of thing always happened in a real life! Nampak macam benda remeh bukan?

“Alar, relax lah. Sekarang ni bukan macam zaman Rasulullah dulu. Mana wujud lagi dah semangat assobiyah segala ni. Ntah-ntah ada yang tak pernah dengaq lagi.”

Take note! Benda-benda macam inilah yang perlu ditekankan. Sebabnya semangat assobiyah ini umpama musuh dalam selimut. *cewah!keluaq peribahasa daa. Kita tidak akan sedar benda ini berlaku sehinggalah ada orang datang menegur.

Dekat Malaysia sekarang ini sudah terdapat pelbagai jamaah. Dan dalam tidak sedar dalam jemaah itu sendiri mengamalkan semangat assobiyah. Ha! Acane tu???

Pernah suatu ketika, ada akhowat yang bertanyakan kepada saya jamaah apa terlebih dahulu sebelum bertaaruf. See?? Dalam islam itu sendiri terdapat pelbagai bangsa, warna kulit yang berbeza tetapi mempunyai akidah yang sama. Ada ke kalau kita nak berkawan dengan seseorang tu kena tanya mereka agama apa dulu, baru boleh berkawan? Tak bukan? Asking deep in your heart sahabat. :’)

The next ibrah yang saya dapat, mengikut pengalaman saya sendiri, perkenalan secara tidak sengaja itu kadangkala lebih berkekalan berbanding perkenalan dalam jangka masa yang agak lama.

Imagine that, ukhti ini hanya duduk disebelah saya ketika sedang solat berjemaah. Selesai solat, kami bersalaman dan taaruf seringkasnya serta sempat bertukar number. Sehingga kini kami kerap berwhatssapp. Even baru jumpa sekali tapi sangatlah terasa tautan ukhuwah itu. Perkenalan sesingkat tidak sampai 10 minit itu membuahkan perkenalan yang berpanjangan. And she’s getting married. Sempat dia mengajak saya untuk mencari barang-barang hantaran. Ouch!sangat rindukan kamu di India sana. :’)

Seorang sahabat lain pula, saya teramatlah suka membaca blog ukhti ini. Kiranya stalker tetap dialah. *sorry erna. :p Bila Nampak fesbuk dia, truih add dan tegur dia dekat inbox. Kalau ada masalah berkaitan agama, mesti cari dia. Until now, dua-dua ukhti ini became close to me. Alhamdulillah! So sweet~

The lastly ibrah yang dapat diambil bilamana dia mengatakan ukhuwah dan dakwah itu sentiasa bergerak seiring. Bila kita mempunyai masalah dalam cinta, ditinggalkan kekasih hati, InsyaAllah mudah saja kita bangkit semula. Live must be move on! Kononnya lah kan.

Tapi bila hendak dibandingkan dengan masalah sahabat sefikrah, lebih perit sebebenarnya. Allahurabbi memanglah ianya benar-benar satu ujian sebenarnya dalam kita berukhuwah. Mana-mana sahabat yang datang berjumpa dengan saya menceritakan masalah ukhuwah, rata-rata tidak lagi bersemangat untuk berdakwah. 

Ada yang hampir-hampir ingin keluar dari usrah dan jamaah itu sendiri. Na’udzubillah. Ingat putus cinta je ada kesan yang dashat? Putus ukhuwah pun sama juga tau. Malah jauh lagi teruk.

Teringat saya pada sahabat-sahabat ketika zaman Rasulullah SAW dulu kala. Allahuakbar, persahabatan mereka tersangatlah hebat! Mantapnya ukhuwah, maka mantap jugalah dakwah mereka. Ramai orang kafir di Madinah tertarik untuk memeluk islam kerana  berasa kagum dengan ikatan persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar itu sendiri. Kalau kita nak berjaya dalam hidup, maka belajarlah daripada sirah. Wallahua’lam.

6 comments:

  1. Awww. Sweet sangat areen. Dah sampai nak kencing manis ni. :p

    Ohh ohh. Ukhwah tu jugak bila kita sampai kena tegur dengan orang lain sebab selalu sangat senyum depan henpon. Dok tersenyum baca whatsapp, baca text adik-beradik sepupu-sepapat usrah. Sampai mak ayah ingat kita ada boypreng. Haha.

    Ukhwah tu jugak bila kita hanya kenal dia di alam maya, tak tahu rupa paras dia macam mana, tak pernah jumpa dia depan-depan, tp kita selalu rasa rindu dekat dia. <3

    Jzkk areen. Selamat mula study! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erna!!!! :')

      Awat samapai nak terkencing manis ni?? Haishh bahaye ni. syukran jzkk untuk mksud ukhuwah tu. Mendalam sangat. so touched! wa iyyak. <3

      Delete
    2. assalammualaikum N salam ukwah..k.ana nak nama FB or E-MAIL k.ana... tertarik sunguh CEK.. uhuk uhuk.. ^_^

      Delete
    3. waalaikumussalam wbt. salam ukhuwah aidhon! ^^ Allah boleh je nak add akk kat fesbuk. ce tgk kat tepi ni. Ada kan link fesbuk akk? nnti akk hantar email akk via fesbuk ye adik sayangg. <3

      Delete
  2. pop over to this site have a peek at this site top article this post visit this site right here top article

    ReplyDelete