Cinta Allah SWT, Cinta yang hakiki...





Janganlah dibiarkan jiwa menjadi lemah kerana cinta. Tidak dinafikan cinta itu kadang-kadang datang tanpa diundang. Maka persiapkanlah diri dengan iman & ilmu secukupnya agar diri tidak hanyut dibuai angan & mimpi indah padahal semua itu langsung tidak menjanjikan kebahagiaan. Jika tersilap, perbaikilah diri dan ajaklah orang yang dicintai itu untuk kembali muhasabah. Binalah kembali cinta yang berasaskan cinta kepada Ilahi. Bercintalah dengan cara yang betul, bercintalah dengan sebab yang betul dan bercintalah dengan matlamat yang betul.

Cinta yang luhur perlukan pengorbanan. Tidak semua cinta itu indah isinya. Tak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan. Cinta itu terlalu sukar untuk dihuraikan, terlalu misteri bentuknya. Cinta bukan selamanya indah. Cinta tidak selamanya kekal abadi. Cinta itu tidak pernah sama bentuknya. Cinta juga tidak pernah menjanjikan keriangan.


Yang kekal hanyalah cinta pada Allah SWT. Cinta yang membawa manusia ke syurga. Itulah yang seabadi cinta yang tertinggi darjatnya. Allahu Akhbar.

Walaupun demikian, ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). ( Surah Al-Baqarah: Ayat 165)

Mencintai Allah SWT tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan.Cinta kepadaNya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang tidak terfikir oleh fikiran kita yang kerdil ini.

Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana DIA memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.

Orang yang telah mengenal dan mengecapi Cinta Allah tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah tarikan Cinta Yang Hakiki. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal Cinta Hakiki ini Yang kekal Abadi lagi suci.

Ayuh teman-temanku, bersama kita mencari dan memiliki Cinta Allah ini sebelum beroleh Cinta Makhluk. Sungguh Cinta itu membahagiakan. Hayati Doa Nabi Daud Alaihi salam ini :

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.

Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadith riwayat At-Tirmizi, Rasulullah S.A.W bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s")

Usah takut mencari Cinta Allah kerana Cinta Allah sangatlah besar, melebihi cintanya Adam dan Hawa, Ibrahim dan Sarah, Yusuf dan Dzulaikha, Qois dan Laila, bahkan Romeo dan Juliet. Cinta Allah melebihi 70 kali kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengumumkan cintanya dilangit kepada para penduduk langit, sehingga para penduduk langit pun mencintai orang yang dicintai Allah. Lalu malaikat akan mengumumkan kepada penduduk bumi bahwa Allah mencintai hamba tersebut, sehingga penduduk bumi pun akan mencintai orang tersebut. Namun sering kali orang yang dicintai Allah ini adalah orang-orang yang sedikit hartanya, tidak terkenal, banyak orang yang tidak hormat padanya, padahal jika ia mengadahkan tangannya untuk berdoa kepada Allah, Allah pasti akan mengabulkan segala permohonannya, seperti Uwais Al Qorny dan Abu Dzar Al-Ghifary.

Suatu ketika malaikat Jibril a.s. sedang bersama dengan Nabi Muhammad SAW, lalu datanglah Abu Dzar Al-Ghifary r.a, maka Jibril a.s berkata: Wahai Nabi, itukan Abu Dzar! Nabi cemas kerana merasakan belum pernah memperkenalkan sahabatnya itu kepada Jibril, lalu Nabi berkata : "Jibril, kamu kenal Abu Dzar?", jibril pun menjawab : "Wahai Nabi, sesungguhnya semua penduduk langit mengenal Abu Dzar Al-Ghifary – semoga Allah merahmati beliau. Abu Dzar tidak terkenal di bumi namun sangat terkenal dilangit."

Cubalah kita berkata dengan khusuk setelah seleasai solat, "Wahai Allah…hambaMu yang hina ini mencintai Mu", jika belum tertanam cinta ini di hati ulangi lagi dan lagi sehingga di hati dan fikiran kita hanya ada Allah sahaja.

Wahai Allah Yang Maha Mengetahui, hambamu yang lemah ini berusaha mencintai Mu dan hamba yakin cinta Mu pasti lebih besar lagi