Skrip kehidupan ana....


~ Hamba yang TAAT kepada PenciptaNya (Allah SWT) 
     Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku. ( QS Ad Dzariat, 56 ).
Dah tahukan untuk apa kita diciptakan oleh Allah??yes,untuk beribadah kepadaNya sahaja. Oleh itu janganlah kita menyukutukanNya dengan sesuatu yang lain seperti mengingati makhlukNya melebihi Allah SWT, Na’uzubillah. Walhal makhluk yang sering kita puja itu sendiri diciptakan sama tujuannya seperti kita hanya untuk taat kepada segala perintahNya.



~ Menanamkan rasa cinta kepada IDOLA (Rasulullah SAW)
Nabi Muhammad SAW mendahului ranking manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia. Hal ini dinyatakan oleh Michael H. Hart, seorang ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di A.S. dalam bukunya "The 100". Menurut Michael Hart, Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling berpengaruh di antara berbilion penduduk dunia, kerana Baginda satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa baik dalam kegiatan keagamaan maupun pemerintahan.


~ Menjadi anak & isteri yang SOLEHAH 
Kenapa kita mesti sibuk-sibuk nk mencari suami yang soleh sedangkan kita masih lagi punya IBUBAPA???muhasabah lah diri. Jadi anak yang soleh & solehah terlebih dahulu sebelum kita melangkah ke gerbang perkahwinan yang lebih berliku-liku. Allah itu Maha Adil. Allah menyuruh kita berbakti kepada kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup kerana ianya dianggap sebagai satu latihan untuk kita berbakti kepada suami @ isteri kita kelak. Berusahalah menjadi anak serta diri yang soleh supaya dimudahkan oleh Allah dalam urusan jodoh. InsyaAllah. J


~ Menjadi manusia yang sentiasa member MANFAAT  
Sebelum itu ana ingin kongsikan cita-cita ana kepada kalian sebelum ana membuka topik diatas. Cita-cita ana dari kecil hinggalah besar ingin menjadi seorang pensyarah. Kerana apa?? Kerana Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat !"( Riwayat al-Bukhari )Menyampaikan ilmu kepada orang lain itu dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT.


~ Sentiasa mengejar AKHIRAT 
Kehidupan ana seharian sekarang ini hanya untuk memperbanyakkan lagi amal ibadah kepada Allah SWT dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti puasa isnin & khamis, qiyamulalil, membaca surat cintaNya(Al-Quran), membaca Al-mathurat pagi & petang, menghadiri kelas-kelas agama, melakukan solat sunat 12 rakaat. Banyak lagi sebenarnya yang anan ingin kongsikan tapi takut dikhuatiri riyak pula. Astaghfirullah. InsyaAllah , ana akan meneruskan lagi amalan-amalan ini selepas mendirikan baitulmuslim. :D



~ MENYUMBANG sesuatu kepada islam 
Ana akan menyuruh seluruh family ana memboikot segala keluaran daripada yahudi. Sekiranya ana dikurniakan cahaya mata lelaki kelak, ana akan menyuruhnya berjihad di jalan Allah. Ana juga akan menyuruhnya memperjuangkan hak islam di Palestin. Walaupun terasa amat payah untuk melakukannya tetapi demi islam, ana terpaksa berkorban. Anak ini Cuma pinjaman dari Allah semata-mata. Malu ana sekiranya ana tidak dapat menyumbangkan apa2 untuk islam. Apa yang ingin ana katakan kepada Allah abila ditanya di akhirat kelak? Allahuakbar, malunya. L



~ Membina keluarga SAKINAH 
Ana suka sangat melihat pasangan suami isteri yang sama2 soleh & solehah. Subhanallah, sedap je mata memandang. Tak banyak pun sikit mesti ada terdetik dalam hati ,menginginkan keluarga yang penuh dengan sakinah, mawaddah & warahmah. Keluarga yang sakinah ini juga salah satu tanda kebesaran Allah. Allah SWT berfirman: “Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia menciptakan untuk kalian isteri dari kalangan kalian agar kalian merasakan sakinah dengannya; Dia juga menjadikan di antara kalian rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar-Rum: 21). Sama-samalah kita doakan supaya dapat membina keluarga sakinah. Amin Ya Rabbal Alamin.



~ Nak pergi RUMAH Allah SWT (Makkah) 
Kita sebagai umat islam WAJIB menunaikan rukun islam dalam kehidupan seharian. Salah satunya ialah menunaikan ibadah haji. Sekiranya ana berkemampuan kelak, ana ingin membawa kedua orangtua ana pergi ke Makkah. InsyaAllah. Tidak sempat melakukan ibadah haji, buat umrah terlebih dahulu pun tidak mengapa. Itupun ana dah bersyukur sangat2. Asalkan ana berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah. :’)

' Ya Allah, jika cita-cita Nur Fazreen binti Ahmad ini baik untuk diriya, Engkau permudahkanlah. '
Ameen. Syukran doakan. :D



No comments:

Post a Comment