Nak juga dapat pasangan yang baik, tapi......

Pernah tak kita terlintas dlm fikiran masa 1st time nk couple dulu kita punya ciri-ciri org yg ‘bakal’ menemani kita sepanjang hayat tu kalau lelaki lah kn mestilah x nak lelaki yg bertindik, yg smoke, rmbut kaler, punk apa semua lah kn.

Kalau girl pula kalau boleh nk yg pakai tudung, lemah-lembut, x nak girl yg seksi-meksi, yg sosial sgt suka pegi clubbing, asyik mencarut je dll.

Eh, tau pulak nk pilih calon yg baik-baik je. Kejap2 cuba kita pergi tgk diri kita kat cermin. Adakah semua ciri-ciri yg kita inginkan pada psgn kita tu ada pada diri kita sendiri?


Ha! Baru nk perasan. Masa senaraikan kriteria bini/laki yg diperlukan x ada pula kita nk fikir bnyk kali. Main senaraikan je. List berjela-jela pula tu. =.=’

Sebab tulah kita biasa dengar orang kata “ kalau nk cari pasangan yg baik, mestilah kita kena jadi baik dulu. ”

Tapi kenapa dgn kita-kita sekali kena jadi baik pula? Apa kena mengena psgn kita tu dgn diri kita. Okey, meh sini ana tlg jwbkan ye. InsyaAllah ana cuba yg terbaik.

Cuba ingat balik apa yg Allah SWT pernah berfirman:
Lelaki yg baik, untuk perempuan yg baik. Lelaki yg kurang baik, untuk perempuan yg kurang baik.



Dh biasa dgr kn? Dh tu kenapa tnya lagi apa kaitannya dgn diri kita? Okey, dengar baca baik2 ye. Hawa diciptakan daripada mana? Yes, dari tulang rusuk Nabi Adam kan? Maknanya Hawa itu mestilah sebahagian daripada diri Nabi Adam juga.

Jadinya kita kenalah sedaya upaya mungkin mengubah diri kita kearah yg lebih baik sebelum kita menginginkan pasgn kita kelak sama mcm diri kita. Sebabnya sebahagian daripada diri kita ada pada dirinya. Mudah-mudahan. Amin.

Janganlah kita hanya bertawakkal kepada Allah sahaja tanpa berikhtiar apa-apa pun untuk memperoleh pasangan yg baik. Sesungguhnya Allah menyukai orang yg tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah. 

Renung-renungkanlah jika kita ingin membina baitul muslim yg penuh dgn mawaddah, warrahmah. Wallahua’lam.



Mereka sgt sweettt....!!!!! *ok, jeles  =.='

No comments:

Post a Comment