Apabila penampilan tidak seindah perlakuan....

Baru-baru ini ana memperoleh satu pengajaran yg cukup bermakna buat diri ana. Cuba korang bayangkan mcm mana ye kalau seseorang tu lengkap memakai tuxsedo tapi bila tgh makan agak kurang sopan plus dia tgh korek hidung ke time tu (asif kalo ianya agk menggelikan). Logik tak dah pakai smart2 dari atas sampai bawah tapi perbuatan mcm tak serupa bikin. ==”

Samalah juga macam diri kita ni especially for muslimah. Apabila kita sudah mula melabuhkan tudung melepasi dada, memakai pakaian yg menutup aurat siap berstokin semua tapi bila bab2 pergaulan(ikhtilat), perbuatan, percakapan kita tak menunjukkan sifat muslimah yg sebenar. Na’uzubillah.


Malu kekadang rasa bila perbuatan yg kita lakukan itu semua diluar kesedaran. Sedangkan banyak mata-mata yg sedang memerhati. Kemudian timbullah bermacam2 fitnah hanya disebabkan kita terlepas laku sahaja. Sia-sia kita menutup aurat perfect apa semua  tapi sifat dalaman kita tak jaga. Astaghfirullah.



Bukan akhowat sahaja, ikhwan pun tak terkecuali ye. Bila mereka tahu akhowat suka tgk lelaki yg berjanggut, berjubah, pakai kopiah kononnya agar nmpk ‘alim’ mereka pun mulalah buat benda tu semua dan x pernah miss pun. Nnti tak market lah kalau tak buat semua tu.

Ya Akhi, enta membuat itu semua semata kerana ingin mendapat perhatian? Bukan kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah SAW? Allah! Ubahlah niat kalian tu. Janganlah jadi seperti alim-alim kucing. Dihadapan orang ramai nmpk seperti alim tetapi apabila bersendirian, kalian pun mula tunjuk belang.

Prof Muhaya kata, “kalau nk tahu peribadi seseorang itu macam mana, lihatlah mcm mana cara dia bercakap.” Biasa kita dengar jgn menilai seseorang itu daripada luaran. Tapi setelah apa yg ana perhatikan tak semua luaran seseorang itu menggambarkan dalaman diri dia yg sebenar. Wallahua’lam.

1 comment:

  1. New casino in Florida - JS Hub
    Find 강릉 출장안마 the latest slot machine games, 의정부 출장샵 The only slot machine games with a payout percentage 상주 출장마사지 is Wild West 광명 출장마사지 Reels and Megaways™. 천안 출장마사지 All Slots in one game are

    ReplyDelete