Periksa solat kita...


Subhanallah ! :')


Selalu kita dengar ustazah/ustaz kita kata “Solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.” Tapi betul ke? Sejauh mana solat itu berkesan dlm mencegah seseorang itu daripada melakukan kerosakan dimuka bumi Allah ini?

Sudahlah Allah bagi kita pinjam bumi ni sementara je. Tapi kita pula dengan sewenang-wenangnya menghancurkan bumi ni. Astaghfirullah.

Cuba kita check dulu kenapa kita sudah pun melaksanakan tanggungjawab kita sebagai abid dalam melaksanakan rukun islam yg ke3 tetapi kita masih lagi ada sifat2 jahil dalam diri.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ma’un yat 4-5:
“ Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yg solat, (iaitu) orang-orang yg lalai daripada solatnya. ”

Apa itu orang-orang yg lalai?
⦁♡⦁ Orang yg terpaksa melakukan solat kerana takut digelar tidak alim oleh manusia lain.

⦁♡⦁ Orang yg menunaikan solat semata-mata mengejar kepentingan dunia agar memperoleh gelaran alim atau kerana riak untuk mempamerkan amal ibadahnya kpda org lain. Kalau kita pernah perasan bila kita pergi ke msjid/surau selalu je kita nmpk org buat solat sunat sebelum & selepas solat wajib. Tapi dekat rumah knapa x nak teruskan buat amalan sunat tu? Wallahua’lam.

⦁♡⦁  Orang yg secara jasadnya sdg melakukan solat, tetapi hatinya tidak fokus kpd Allah.

Memang secara lisan senang betul kita menyebut solatlah dengan khusyuk Tetapi nk buatnya amatlah payah. Hendak seribu daya kn?

Sohih. Kalau tak, tak mungkinlah al-Junaid; seorang sufi agung islam itu mengatakan:

“Kadangkala aku mengandai-andaikan syurga dan kenikmatan ketika mendirikan solat. Kadangkala mengingatkan urusan duniaku saat solat. Kadangkala aku tidak merasa aman ketika mendirikan solat. Kadangkala sepertiga hatiku memikirkan bacaan solat, sepertiga lagi memikirkan perkara sebelum & sesudah solat yg telah dan akan aku kerjakan. Sedangkan sepertiga lagi hatiku dipenuhi keresahan yg aku tidak tahu sebabnya. ”

Sedangkan seorang sufi agung sendiri diganggu oleh syaitan ketika mendirikan solat apatah lagi kita yg biasa-biasa sahaja ni? Allah...... :'(

Ketahuilah fudhail bin Iyyad memberitahu:
“ Sebenarnya fitnah bukanlah engkau diperkatakan sesuatu yg tidak ada pada dirimu. Tetapi, hatimu yg masih dipenuhi kecintaan & bertuhankan sesuatu selain Allah itulah sebenarnya fitnah keatasmu.

Oleh itu, muhasabahlah diri melihat kekurangan dan kesalahan kita dlm solat. Janganlah kita sekadar solat kerana semata-mata mengikut suruhan Allah sahaja.

Tiada gunanya kalau kita sekadar membuat rukun solat apa semua sedangkn tak ada apa pun yang kita akan perolehi. Solatlah dengan bersungguh-sungguh.

Ketahuilah Allah tidak melihat jenama telekung, jubah @ baju melayu apa yg kita pakai tetapi Allah hanya melihat hati kita dlm kekhusyukan melaksanakn solat. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment