Di sebalik kemanisannya sakit. :')


Bismillahirahmanirrahim.

Pernah tak kita terfikir kenapa Allah beri pada kita sakit? Kadangkala kita lupa nikmat sihat yang Allah berikan pada kita. Bila kita sihat kita tidak banyakkan beramal sedangkan kita mampu. Bila kita sihat kita kurang mengingati Allah, kita sibuk dengan hal-hal keduniaan.





Allah itu baik sebenarnya. Dia bagi kita sakit supaya kita BEREHAT. Sohih! Sebabnya bila kita sihat jadual kerja kita berlipat kali ganda. Aktiviti harian pun luar dari kebiasaan sehingga kita tidak sempat untuk mengecapi nikmat rehat.

Bukankah Allah jadikan malam itu untuk kita berehat? tetapi kenapa kita still buat kerja overtime sehingga lewat malam? Allah SWT berfirman, “Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha).” (Yunus:67)

Dan bilamana kita mendapat penyakit, perkataan yang sinonim dengan kita adalah SABAR. Jika ada orang yang datang menziarahi kita, acapkali perkataan sabar ini diungkapkan. Apa kaitannya sakit dengan sabar ini?

Rasulullah SAW bersabda,
“Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, “Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku.” Jika dia berkata ALHAMDULILLAH, maka diberitahukan kepada Allah, lalu berkata, “Aku berjanji untuk hamba-Ku. Jika Aku mematikannya, Ku masukkanya ke dalam syurga. Dan jika Aku menyembuhnya, Ku ganti dia dengan daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya.”

Jika kita sabar, secara tidak langsung kita akan bersyukur dengan nikmat sihat. Periksa semula adakah semasa kita sihat seringkali kita mengucapkan kalimah alhamdulillah? Nah, sebab itulah Allah beri pada kita sakit agar kita bersyukur padaNya.

“Nanti kalau aku dah sihat, aku nak buat solat sunat banyak-banyak, nak mengaji, pergi kelas agama.”

“Aku nak buat kenduri kesyukuranlah bila dah sembuh nanti.”

Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripad adosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh!”

Bila kita sakit benda pertama yang kita cari mesti ubat dan juga doktor. Kenapa tidak Allah? Allah lah yang memberi kita penyakit maka Allah jualah yang boleh menyembuhkannya bukan ubat itu. Ubat hanya salah satu cara untuk kita berikhtiar.

Pernah saya ditahan dihospital selama beberapa hari. Sementara menanti untuk masuk ke bilik pembedahan, saya telah menyaksikan sebuah drama. Pesakit itu tidak dapat diselamatkan maka terjadilah pergaduhan diantara doctor dan juga keluarga si mati. Keluarga tersebut menyalahkan doctor dan mengatakan Tuhan itu tidak adil.

Sempat saya berfikir, kita kan ada Allah. Hanya sekadar letakkan kebergantungan dan tawakkal yang tinggi dan biarkanlah Allah yang mengurus semuanya. Keluarga tersebut beragama hindu. Oleh sebab itu dia tidak henti-henti menyalahkan Tuhannya. Na’uzubillah min zalik.

Seringkali saya mendengar keluhan daripada orang yang ditimpa penyakit. Allah beri pada kita nikmat sihat selama beberapa tahun dan bulan. Takkanlah sakit hanya bebrapa hari pun kita hendak mengeluh. Allah… malu rasanya. Saya berpegang pada kata-kata Dr.Muhaya. Beliau berkata, “Jika satu anggota kita sakit, maka ingatlah pula anggota lain yang masih boleh berfungsi supaya kita bersyukur.”

Wahab bin Munabah bercerita, ada seorang nabi telah menyembah kepada Allah selama 50 tahun. Kemudian dia mendapat wahyu dari Allah mengatakan, “Aku telah mengamunimu.” Dia bertanya,  “Mengapa Engkau mengampuniku sedangkan aku tidak pernah berdosa?”

Kemudian Allah memerintahkan agar sebatang pohon menimpanya sehingga dia kesakitan dan tidak tidur semalaman. Kemudian dia mengadukan kepada Allah. Maka pohon itu berkata, “Sesungguhnya Allah berkata kepadamu bahawa ibadah 50 tahun itu belum cukup untuk menebus keluhanmu itu.”
 
Sakit boleh jadi satu nikmat mahupun satu ujian pada kita. Bukankah sakit itu kafarah dosa? Lagi lama kita sakit, lagi banyak dosa yang akan diampunkan. Subhanallah, baiknya Allah pada kita. Allah SWT berfirman dalam surah As-Syura ayat ke-19, “Allah Maha Halus (penyantun) kepada hamba-hambaNya.” Moga kita dapat menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan sabar ketika mendapat penyakit. Wallahua’lam.

7 comments:

  1. Syukran..Alhamdulillah bila bca artikel ini sy lebih "sedar" atas apa yg telah Allah berikan pd sy..Sy bru je dpt pnyakit sejak dr thn 2008 sehingga sekrg..Allah mmg baik..Hikmah yang tersembunyi yg kita semua xtau perancangan Dia..Sy mengaku sy seorg yg jahat & ujian Allah inilah yg membuatkn sy tabah dan redha,In Syaa Allah..sampai bila2 sy akan cuba apa yang terdaya..Allah..tima kasih.. T.T Smoga Allah memberkati kehidupan saudari sekeluarga..slm..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar. Segala pujian itu selayaknya diberikan kepada Allah. :') amin. InsyaAlllah atas doa tersebut. wa iyyak. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada susah yg berpanjangan demikian tiada senang yg berpanjangan, tiada gembira yg berpanjangan demikian tiada dukacita yg berpanjangn jika kamu tiada jantung hati yg bersyukur dengan kadar apa yg Allah berikan kepada mu.

      Delete
  3. Saya pun sakit. Da sebulan. Kdg2 sy takot sngt. Sy takot tngu apa nasib sy pasni. Sy takot nk tingglkn mama n abah. Everytime i feel sick , i always remember them . Sape y nk tlg diaorg bila sy mkin sakit . I think that i have cancer . Im so grateful to live in this world for 19 years. Sometimes we think we dont get what we want . N now i already understand what does it mean . I hope i can redo what i'm doing in 19 years . Hahaa. I miss all of them . 19 years is already enough for me . Maybe . I just love . Care . Support from my mama n abah. Dont cry because Allah loves u . Thats y Allah gives this test for me . Thanks for giving me a chance to live and learn about how real life . Maybe im not here anymore after this . I just love to comment n express my feelings . TQ. Keep smiling while waiting :)

    ReplyDelete