“ Hello, assalamualaikum. Erin dah tidur ke? Asif kalau
fatin menganggu.” (Dengan suara yang teresak-esak)
“ Waalaikumussalam wbt. Allah. Tak ada menganggu apa pun.
Ada apa ni fatin sayang?”
“ Erin, fatin rasa macam dah tak ada siapa nak berkawan
dengan fatin lagi. Mentang-mentang fatin dah tak sama macam dulu, semua orang
pandang hina pada fatin. Fatin pun nak berubah juga jadi macam dulu semula tapi
bila sahabat menyidir fatin terus fatin rasa tak ada kekuatan lagi dah.”
Aku mendiamkan diri dan berfikir sejenak. Menyusun kata-kata
yang sesuai untuk memulihkan kembali semangat sahabat tersayang ini.
*pelukfatin*
Bismillahirrahmanirahim.
Buat hamba Allah diluar sana yang menggalas ‘pangkat’
sebagai seorang sahabat boleh saya berbicara dengan kamu sebentar? Ye, kamu.
Kenapa saya pilih kamu? Kerana setiap mukmin itu bersaudara dan pastinya kamu
mempunyai ramai sahabat diluar sana kan?
Tahukah kamu mempunyai sahabat yang sefikrah dengan kamu itu
merupakan satu kurniaan nikmat dari Allah? Kita mensyukuri nikmat ukhuwah ini
dengan cara MAHABBAH (kasih sayang).
“uhibukki/uhibukka fillah ya sodaqti!”
Mudah disebut, Mudah juga dilafazkan tetapi disebalik
maknanya itu adakah kamu benar-benar faham? Bila sahabat kamu ini
terkapai-kapai didalam kejahilan kamu tinggalkan dia macam itu sahaja. Tetapi
bilamana kamu mempunyai masalah sebesar planet, tergesa-gesa kamu mencari dia
semula meminta nasihat. Adakah itu dinamakan uhibukki/uhibukka fillah?
Ikutilah pengajaran yang pernah dikatakan oleh
al-Razi ( seorang ulama tasawwuf ) :
" Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang mukmin, iaitu :
Pertama: jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau menyusahkan dia.
Kedua: jika engkau tidak mahu menggembirakan dia , maka janganlah engkau menyedihkan dia.
" Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang mukmin, iaitu :
Pertama: jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau menyusahkan dia.
Kedua: jika engkau tidak mahu menggembirakan dia , maka janganlah engkau menyedihkan dia.
Ketiga: jika engkau tidak mahu
memuji dia , maka janganlah engkau mencela dia.”
Seorang sahabat yang mempunyai niat untuk berubah dan
mencari sahabat fikrah untuk membimbing dirinya. Apabila dia sudah mula
berubah, lalu sahabat yang membimbing dirinya untuk ditinggalkan.
Tetapi kenapa sahabat itu ditinggalkan? Here is situation.
Iman kamu ada turun dan naiknya. Sahabat yang sudah lama berubah ini
kadang-kadang diuji dengan pelbagai ujian yang tidak disangka. Jika imannya
masih utuh sudah tentu dia boleh mengharunginya dengan mudah sahaja.
Tetapi jika imannya masih goyah, maka tidak perlulah kamu hairan jika dia berbalik semula ke zaman ‘jahiliahnya’ itu. Jauh disudut hatinya punya niat untuk kembali semula kejalan yang benar. Tetapi bila hendak maju kehadapan sahabat yang dulunya dia bimbing itulah yang kerap menghentamnya bertubi-tubi.
Tetapi jika imannya masih goyah, maka tidak perlulah kamu hairan jika dia berbalik semula ke zaman ‘jahiliahnya’ itu. Jauh disudut hatinya punya niat untuk kembali semula kejalan yang benar. Tetapi bila hendak maju kehadapan sahabat yang dulunya dia bimbing itulah yang kerap menghentamnya bertubi-tubi.
Alasannya, “eh dia tu dulu bukan budak alim ke? Kenapa dia
sampai macam tu sekali? Dia kan berubah dahulu daripada aku. Mesti lah dia lagi
arif tentang ilmu agama. Aku ni baru je nak berubah dah sibuk nak menegur
orang.”
Bukan sekali dua saya dengar cerita sebegini. Sudah acap
kali didengari sehingga boleh bernanah telinga.
Penting untuk kamu mempunyai
sahabat-sahabat yang saling mengingatkan, bukan apa, senang urusan Akhirat
kamu. Bila salah, ada yang menegur, bila kamu lemah ada yang perkuatkan, bila kamu
jatuh ada yang tolong bangkitkan.
Itulah sebaik-baik sahabat yang
saling membantu dalam urusan agama. Bukan bila dah dapat Hidayah, buk! Terus
ditinggalkan sahabat yang terkontang-kanting dalam kejahilan itu.
Hati-hatilah sewaktu kamu ingin menuturkan perkatan ukhuwah,
persaudaraan ataupun silaturahim itu. Sungguh, maknanya sangatlah mendalam!
Sudah ramai hati-hati yang terluka gara-gara perkataan ini.
Mari sini sahabat dekat dengan saya. Kamu nak dengar satu
hadis yang disamapaikan oleh baginda Rasulullah SAW, “seorang mukmin bagi
seseorang itu mukmin itu umpama satu binaan yang sebahagiannya menguatkan
sebahagian yang lain dan orang islam itu seperti satu badan. Jika matanya
sakit, sakitlah keseluruhannya dan jika kepalanya sakit, sakitlah
keeluruhannya.”
Tentu kamu tersentuhkan tatkala membacanya? Ketahuilah,
sahabat-sahabat kamu diluar sana menanti dengan penuh harapan untuk mendengar
kata-kata nasihat yang akan keluar dari mulut kamu yang manis itu. Tidakkah kamu
merasa terpanggil untuk menolong sahabat kamu itu?
Ya, pergilah. Carilah semula sahabat-sahabat lama kamu yang
mana kamu telah tinggalkan dia sekarang ini. Mereka terlalu rindukan kamu.
Rindu yang teramat sangat. Selamilah hati mereka sedalam-dalamnya. Mulai detik
ini kamu jadikan lah diri kamu superhero buat diri mereka. Bilamana mereka
ditimpa musibah kamulah orang yang kedua mereka akan cari selepas Allah.
Dan ingatlah sahbat, selagi mana kamu tidak tahu memegang
janji, selama itu kamu tidak akan menemui sahabat SEJATI. Selagi kamu tidak
pandai mengotakan kata-kata, selagi itu kamu tidak akan bertemu sahabat SETIA.
“Ya Allah, hiasilah hati kami ini dengan keimanan dan perasaan saling menyayangi
sesama umat Islam.” Amin Ya Rab al-‘Alamin.
No comments:
Post a Comment