Nilailah dengan kaca mata Dakwah...

Sahabat perjuangan yang sentiasa memberikan semangat. alhamdulillah. :')
Bismillahirahmanirrahim……


Entry ana kali ini berkaitan dengan MENILAI……ada apa dengan menilai???? Sudah pelbagai ragam yang dapat ana lihat sepanjang ana bernafas dimuka bumi pinjaman Allah sementara ini. Apa yang amat ana kesalkan pada masyarakat kita sekarang ini adalah terlalu mudah menjatuhkan hukum kepada seseorang tanpa bersandarkan Al-Quran & Sunnah Rasulullah SAW. Sungguh ! ana teramat kecewa.

Ya Allah , Engkau satukanlah hati-hati kami dalam menggalas tanggungjawab sebagai hambaMu. :’(  pandanglah seseorang itu dengan kaca mata DAKWAH bukan dengan kaca mata DIRI. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat disekeliling kita, apabila melihat wanita memakai tudung labuh, mereka akan terus melabel wanita itu mesti baik. 


Apabila terlihat pula wanita yang ‘free hair’ atau menutup aurat dengan tidak sempurna, mereka terus mengatakan wanita itu mesti jahat. Astaghfirullah ! siapa kita untuk menilai mereka sedemikian rupa?? bnyk-bnykkanlah muhasabah diri sendiri.

Peringatan buat diri ini yang terleka juga kadangkala.  Ana sempat memanjangkan silaturahim bersama2 dengan sahabat usrah disini. Orang2 yang mengikuti usrah ini tidak semestinya orang yang alim2 dan warak sahaja. Bahkan orang2 yang masih lagi dijalan kejahilan juga. Itulah matlamat kami untuk menarik sahabat2 kami yang masih lagi di dalam kesesatan. Alhamdulillah.

Apa yg ingin ana kongsikan majoriti sahabat usrah ana ada yang masih lagi belum menutup aurat dengan sempurna tetapi mempunyai sekeping hati yang sungguh baik. MasyaAllah.

Ana sendiri yang bertudung labuh tetapi tidak  memiliki hati yang baik seperti sahabat usrah ana itu. Terdapat seorang lagi sahabat ana yang dipinjamkan oleh Allah paras rupa yang cantik. Sayangnya ukhti itu ‘free hair’ malahan memakai pakaian yang agak kurang sopan juga.

Tetapi yang ana banggakan akan peribadi dirinya adalah dia amat menghormati orang yang lebih tua. Ukhti ini juga tergolong dalam golongan yang agak berada tetapi sungguh merendah diri dan bermurah hati. Kadangkala ana sendiri menginsafi kekurangan diri apabila mengingati mereka.  :(  

Ya Allah, malu sungguh ana padaMu. Jika kita terlalu memilih sahabat, siapakah yang akan membimbing  mereka2 yang masih di jalan kejahilan diluar sana? Siapakah yang bertanggungjawab untuk membantu mengubah diri mereka ini? Dekatilah mereka semua ini dengan kaca mata DAKWAH. 

Bimbinglah mereka ini perlahan-lahan dengan harapan mereka akan berubah kelak. InsyaAllah. Kadangkala orang yang lambat diberikan Hidayah oleh Allah itu lebih baik daripada orang yang sudah lama menerima Hidayah dariNya. Wallahua’lam. 

1 comment:

  1. assalamualaikum wbt. keep it up sahabat ! <3

    ReplyDelete