Jangan mudah kamu berputus asa, Ya Da'ie...


Apa tujuan kita diciptakan oleh Allah dekat dunia ni? Tujuannya x lain tak bukan hanyalah untuk menjadi abid & khalifah. Tapi apa tugas yg kita kena galas tu? Only one! Menyampaikan DAKWAH. Na’am.

Sesiapa pun yang pernah berdakwah pasti pernah kena hentam. My naqibah said kalau tak kena hentam tu namanya bukan pendakwah lah kan? Sebab tak semua orang boleh menerima sesuatu kebenaran dengan mudah.

Ingatlah wahai da’ie sekalian, seteruk mana pun kita kena hentam, teruk lagi Rasulullah SAW sewaktu beliau menyampaikan dakwah. Beliau dihina, dipulaukan, kena lempar dengan batu & najis dll. Bersyukurlah kerana kita tidak menerima ujian sepertimana yg Rasulullah SAW telah lalui. Hebat sungguh kekasih Allah ini. MasyaAllah.


Sebagaimana pengalaman ana sendiri dalam berdakwah, sudah bnyk kali ana jatuh dan bangkit kembali. Baru-baru ini pun teruk ana dikritik dalam menyampaikan kebenaran. Ya Allah, hanya Allah sahaja yg tahu betapa ‘down’ nya ana ketika itu.
Atas nasihat dari sahabat fillah dan juga akak2 naqibah, ana cuba untuk berdiam diri daripada bertekak dan tidak mudah mengalah. Biarlah seteruk mana pun kita dikritik orang, Allah lebih tahu siapa yang benar dikalangan hambaNya. :’)

Benarlah menjadi pendakwah itu bukan semua manusia boleh lakukan. Segala pahit manis & cabaran yang bakal kita lalui itu semata-mata kerana lillahi taala. Biar kita bersusah payah didunia yang sementara ini asalkan di syurga yang kekal abadi kelak kita akan hidup dengan bersenang-lenang tanpa ada lagi tangisan kepayahan. Wallahua’lam.

‘ Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati-hati kami dalam menyampaikan kebenaran. Engkau pinjamkanlah kepada kami sedikit kekuatan dariMu untuk kami terus-terusan menjadi seorang Da’ie tanpa pernah berhenti. Ameen, Ya Rabb. ’

No comments:

Post a Comment