Satu dalam Sejuta !

Eh kenapa tajuk dia ni lain mcm je??? Heh, sebenarnya entry ini ana nak share untuk program2 yang ana join setiap hujung minggu. Jadi ana nak gabungkan semuanya dalam 1 entry. Maaf ye entry ni mmg panjang. Kalau rasa nak baca sampai habis, tafaddhol. Alhamdulillah. Kalau tak nak pun x apa. Tak luak pun. :D

Untunglah dapat bunga. Heee~ syukran ye. ;)
 ♡ Kafe cinta ♡

⦁ Iffah merupakan salah satu ujian Allah kepada kita. Apa itu iffah? Cari sendiri ye. Blogwork. Hee~
⦁ Kita memng kena bina sifat iffah ini dalam diri.
⦁ Terdapat beberapa kategori iffah.
  ↬ Menahan diri daripada melakukan benda2 yang haram
  ↬ Menahan diri daripada meminta-minta.
⦁ Apa ciri2 orang yang mempunyai sifat iffah?
  ↬ Takwa
  ↬ Malu
  ↬ Menundukkan pandangan
  ↬ Menjauhi tempat yang boleh menimbulkan fitnah
  ↬ Menjaga ikhtilat
  ↬ Berdoa
  ↬ Menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah

Waste time sebebnarnya couple2 ni. Sebab masa kita masih muda dan sihat nilah peluang untuk kita mengutip pahala sebanyak yang mungkin. Buat sebanyak yang boleh amalan2 yang dapat memberikan manfaat kepada orang. Dekat akhirat kelak time Allah tanya kita apa yang kita buat semasa usia muda, takkan kita nak ckp kita sibuk bercouple? Haish, malulah kan. Lain lah kalau kita ckp kita sibuk beramal ibadat. Memang confirm direct Allah bagi syurga! J

Ana nak share satu doa yang ana dapat dalam forum ni.
“ Ya Allah, jika dia ditakdirkan untukku, maka jadikanlah dia pasangan yang soleh/solehah buatku. Sekiranya dia tidak ditakdirkan untukku, maka jauhkanlah diriku dengannya serta Engkau berikanlah kepadanya pasangan yang sekufu.” Ameen,Ya Rabb.

Program MABIT. :)
♡ Kahwin muda ♡
Okey program ni memang best sbbnya my inspiration yang bagi ceramah. guess who? Fatimah syarha ! MasyaAllah teruja sangat.


⦁ Kalau kita nak bina baitulmuslim kena persiapkan Deen dan akhlak dulu.
⦁ Jagalah Allah dalam kehidupan kita, InsyaAllah Allah akan sentiasa menjaga kita. :’)
⦁ Menyiapkan diri dengan memperbanyakkan beramal sebanyak yang mungkin sebelum mendirikan rumahtangga.
⦁ Kalau iman kita kuat, tidak kira apa juga dugaan yang melanda dalam rumahtangga tentu kita boleh atasinya dengan mudah.
⦁ Maksiat dan zina itu sekejap sahaja nikmatnya tetapi kesannya bertahun2.
⦁ Amalkan baca Ya Jamik (Maha Menyatukan) selalu supaya rumahtangga penuh dengan barakah.

Then Fatimah syarha cakap kalau kita betul2 nak tahu samada kita dah sedia ataupun tidak nak berkahwin, ce tengok dulu mcm mana relathionship kita dengan roommate.

'Kalau dengan roommate kita masih tak dapat bertegur sapa,
kalau dengan roommate kita tak dapat pujuk,
kalau dengan roommate kita berbalah asyik nak menang je,
thats means, kita TAK LAYAK lagi nak melangkah ke alam perkahwinan.'

Jum baca ayat cinta dari Allah kejap. At this time memng tersentuh sangat2 bila Fatimah syarha translate kannya. Allahurabbi. :’)

“Dan diantara manusia ada orang2 yang menyembah tandingan2 selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang2 yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.” (al-Baqarah:165)

Taddabur: Allah tidak meredhai cinta terhadap makhlukNya. Allah jeolus bila dalam hati manusia, ada ruang cinta untuk benda lain. Even pasangan suami isteri yang sama2 soleh & solehah pun kena mendahulukan cinta Allah kemudian barulah cinta terhadap pasangan.

“Maka apakah orang2 yang mendirikan masjidnya diatas dasar takwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang2 yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama2 dengan dia ke dalam neraka jahannam.” (at-Taubah:109)


Taddabur: Jika kita ingin mendirikan rumahtangga yang penuh dengan mawaddah warrahmah, adakah kita ingin memilih lelaki yang kita sedia maklum amat sukar menunaikan solat 5 waktu?  Hak terhadap Allah pun tidak terjaga, apatah lagi hak terhadap pasangannya. Pilihlah lelaki yang kita memang tahu latar belakang agamanya mcm mana barulah kita dengan yakinnya akan membina baitulmuslim dengan lelaki tersebut. Wallahua'lam. 

ukhuwah fillah :)
uhibukki fillah abadan abada !

No comments:

Post a Comment