Hipokrit !


 “Baguihnya budak ni. Aktif betul berdakwah.”

“Subhanallah. Ana teringin sangat nak jadi macam ukhti. Entilah semangat ana untuk ana tekadkan hati ingin berubah.”

“Eh, korang nak tahu tak? Akak ni kan baik sangat tau. Dahlah lemah lembut. Sopan pula tu. Memang contoh yang terbaiklah.”



Allah… Allah… Allah…

Kalaulah apa yang diperkatakan diatas itu sohih belaka, maka sujud syukurlah! Berpura-pura baik dikhalayak ramai. Berlagak alim di laman sosial. Malangnya, kalaulah mereka-mereka semua ini tahu yang sebenarnya perwatakan saya bagaikan ibu tiri Cinderella. Malah jauh lagi dashat dari tu! >.<’

Terasa seperti dipukul kayu besbol bilamana mendapat pujian sebegitu. Direct Allah bagi teguran pada saya melalui perantaraan hambaNya. Hati selalu berbisik, “Usah riak erin dengan pujian.” Serta merta hati ini beristighfar. Mohon dijauhkan daripada rasa riak dalam diri.

Sufyan at-Tsauri mengatakan “ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.” Contoh yang paling mudah untuk diambil ketika di laman sosial.


“eh, ramainya like status aku. hebat juga aku ni. baru 5 minit dah 50 orang like.”

 “Setiap tweet aku mesti ada je yang retweet atau favourite."

Tahukah kamu sombong dan ujub(riak) itu menghilangkan keutamaan dan bahkan dapat membawa kehinaan kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada orang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Ada tiga perkara yang menyebabkan binasa; terlalu bakhil, memperturutkan hawa nafsu dan menyombongkan diri.”


Tidak usahlah memuji saya setinggi langit yang ke 7. Bukanlah diri ini yang perlu dijadikan qudwah hasanah. Yang lebih pantas dipuji itu adalah Allah SWT. Yang selayaknya kita jadikan qudwah hasanah itu kekasihNya, Rasulullah SAW. Nah, yang ini barulah sohih.

Saya bukan ingin riak. Malah minta dijauhkan lagi. Bercerita tentang amalan kita pada orang secara tidak sedar membuatkan sahabat kita juga berkorbar-kobar untuk melakukan amalan yang sama seperti kita. Bukan tujuannya menceritakan amalan hanya ingin mendapatkan pujian semata-mata. Apa-apa pun semuanya bergantung pada niat kita sendiri.

Tetapi kalau awak tetap juga berdegil nak jadikan saya qudwah hasanah. Tafaddhol. ^^ Tapi perlu diingat hanya ambil mana yang baik sahaja ye. Tapi rasa macam tak ada je. *tutupmuka* T_T 

Ketahuilah yang baik itu datangnya dari Allah. Kalau ternampak ketidakcomelan sifat saya itu semua datangnya dari saya sendiri. Wallahua’lam.


No comments:

Post a Comment