Ingatlah Mati sentiasa....



Mati pasti berlaku keatas setiap yang bernyawa, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayt 185 yg bermaksud: “ Tiap-tiap yg bernyawa pasti akan merasai MATI “. Dalam islam dinyatakan dunia adalah persinggahan bagi manusia dan akhiratlah yg kekal abadi. Apabila jasad seseorang desemadikan didalam kubur, tinggallah ia keseorangan tanpa teman, harta, rumah dan segala-galanya.



Namun Rasulullah SAW bersabda: “ Yang mengikut mayat itu sewaktu keadalam kubur ada TIGA perkara, tetapi dua daripadanya akan balik dan tetaplah satu perkara yang kekal bersama si mati" . Yang akan kekal itu ialah AMALANNYA selama didunia. Kerana itu agama islam menggalakkan kita utk sentiasa mengingati mati kerana boleh mnyedarkan manusia supaya menyediakan sebanyak-banyaknya utk dibawa menghadap Allah SWT.


Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya kubur itu adalah persinggahan pertama ke ahirat, Sekiranya yg singgah itu terselamat, perjalanan selepasnya lebih mudah lagi. Jika tidak selamat, perjalanan selepas itu lebih sukar lagi" . Rasullullah SAW selalu berdoa dilindungi drpd seksaan kubur walaupun diketahui Baginda merupakan seorang yg maksum (terpelihara drpd membuat dosa).


Sebagai hamba Allah yg terpilih Beliau tetap berdoa dihindarkan drpd seksaan kubur inikan lagi kita yg tidak pernah lepas drpd membuat dosa. Ketahuilah kubur akan menjadi taman SYURGA bagi orang yg beriman dan lubang NERAKA bagi org yg tidak beriman pula. Bagi org kafir dan kebanyakan manusia yg sering berbuat dosa ketika msih hidup, mereka tidap dpt mnjwb pertnyaan mungar & nangkir walaupun ada di kalangan mereka tahu atau hafaz jawapan itu ketika didunia.


Golongan ini akan diazab dengan keadaan kubur mereka amat sempit hingga tulang mereka patah hancur! Na’uzubillah. Nmun, bagi insan yg masih hidup, mereka tidak perlu risau akan siksaan Allah atas kesilapan lampau mereka dahulu. Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih dan penyayang serta sentiasa menerima taubat hambaNya. Marilah kita muhasabah diri dgn memantapkan iman dan takwa. Jgn hanya mulut kata beriman, sedangkan tingkahlaku tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang yg beriman. Wallahu’alam.





No comments:

Post a Comment