Luahan wanita Bertudung Labuh...


Orang memandang wanita yang bertudung labuh kena jaga tingkah laku..
Betul lah tu.. kalau tak, takkanlah kami bertudung labuh :)
Tapi jangan lupa kami juga manusia yang bernama hamba.
Kami bertudung labuh juga kerana kami ingin memperbaiki diri.
Kami BUKAN malaikat.
Usah membuat statement "baik tak payah bertudung labuh" ~ jika kami ada terbuat silap.
Bertudung labuh itu, kerana kami mahu selamat.
Selamat dari DOSA.
Selamat dari AZAB Allah.
Kami juga perlukan pimpinan dan teguran.
Tak perlu salahkan tudung yang kami pakai.
Muhasabah lah diri kepada insan-insan yang selalu pandang semacam pada WARGA BERTUDUNG LABUH..
Sekurang-kurangnya kami telah terselamat di sisi Allah dari dosa tidak menutup aurat..
Sedangkan kalian?
Bukan hak kami untuk menilai kalian, tapi belajarlah untuk tidak menentang syariat yang telah Allah tetapkan.
Memanglah Allah mensyuruh menutup aurat. Allah tidak 'kata' pakai TUDUNG LABUH.
Tapi, Allah 'kata' labuhkan tudung mu. Longgarkan pakaianmu.
Maka, fikirkanlah..
Bukankan BERTUDUNG LABUH itu yang paling tepat dan selamat?
Muhasabah bersama...
Moga dipermudahkan dalam Istiqamah.
 I N S Y A A L L A H.
 *  Ketahuilah.. bertudung labuh itu juga tandanya kami sentiasa cuba untuk memperbaiki diri. Tidak bersebab untuk tidak bertudung
 labuh  jika kami melakukan salah dan silap ! 



No comments:

Post a Comment