Hanya sehelai Jilbab membawa perbezaan...

•• Alangkah indahnya kulihat, berjalan seorang muslimah mukminah dengan diri yang di tutupi jilbab labuh, dia berjalan penuh tawadhu' ~

•• Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang, yakin, berwibawa, penuh dengan semangat mujahidah~

•• Di sebalik fizikalnya yang mengetarkan jiwa-jiwa, bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan untuk mengenali Allah dengan lebih dekat, ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati Yang Maha Esa~


•• Ada seulas bibir yang merah bak delima sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah. Ada sepasang mata yang redup, yang cukup terjaga dari pandangan maksiat~


•• Setiap gerak lakunya cukup mengambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas~

•• Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya, bahasa badannya yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA~

•• Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan, melainkan hikmah, haq serta mutiara-mutiara ukhuwah~

•• Hanya dengan melihat pada perwatakannya, sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH, agar segera berfikir tentangNYA..SubhanAllah~
  



No comments:

Post a Comment