Wahai IKHWAN bantulah kami...





Ikhwan  yang ana kagumi kerana Perilakumu

Ikhwan yang ana sanjungi kerana Imanmu

Ikhwan yang ana ingin miliki kerana Agamamu

Duhai ikhwan sekalian, 

Tetapkanlah hatimu, imanmu, perjuanganmu

Dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW

Menjadi  seorang Da’ie untuk menyampaikan risalahNya

Tundukkanlah pandanganmu bersandarkan firman Allah SWT

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".

Janganlah kalian senang merasa goyah

Hanya kerana tertawan dengan akhlak kami

Astaghfirullah! hanya Allah SWT sahaja yang tahu

Apa yang tersirat didalam hati kami

Setiap kali kalian memendam rasa pada kami

Setiap kali itu juga kami mula merasa bersalah

Merasa malu kepada Allah

Kerana kami telah menarik perhatian ikhwan sekalian

Apa yang akan kami katakan dihadapan Allah kelak? 

Bantulah kami wahai ikhwan sekalian

Sama-samalah kita menegakkan Deen Allah

Tanamkan rasa cinta kepadaNya terlebih dahulu

Sesungguhnya Allah SWT lebih layak untuk dicintai

Berbanding makhlukNya ini yang Dia sendiri cipta

W A L L A H U A’ L A M~


No comments:

Post a Comment